NEW
Font size
WorksheetsMembina Soalan
Total questions: 10
Worksheet time: 20mins
Kompang selalu dipalu di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu.
Di manakah kompang selalu dipalu?
Apakah alat muzik yang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
Mengapakah kompang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?
Siapakah yang selalu memalu kompang di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu?
Enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan kerana telah dimasuki air.
Bilakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?
Bagaimanakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
Adakah enjin motobotnya dapat dihidupkan?
Mengapakah enjin motobotnya tidak dapat dihidupkan?
Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR untuk memperoleh keputusan yang cemerlang.
Mengapakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
Di manakah Firdaus mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
Berapakah bilangan peserta yang mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
Bilakah Firdaus akan mengikuti kem kecemerlangan UPSR?
Saya tinggal di Kampung Medan.
Apakah keunikan Kampung Medan?
Siapakah yang tinggal di Kampung Medan?
Bilakah kamu akan ke Kampung Medan?
Di manakah kamu tinggal?
Setiap pelajar perlu yakin dan tekun jika ingin cepat pandai.
Apakah sifat yang perlu ada pada pelajar?
Adakah setiap pelajar perlu tekun dan rajin?
Bagaimanakah sifat pelajar yang baik?
Apakah sifat yang perlu ada pada setiap pelajar jika ingin cepat pandai?
Mereka menggunakan jambatan gantung itu untuk menyeberangi Sungai Jelai.
Mengapakah mereka menyeberangi Sungai Jelai?
Siapakah yang menggunakan jambatan gantung itu?
Bagaimanakah mereka menyeberangi Sungai Jelai itu?
Bilakah mereka menggunakan jambatan gantung itu?
Buluh banyak digunakan dalam industri pembuatan seperti bakul sayur dan kertas.
Berapakah harga bakul sayur yag diperbuat daripada buluh?
Apakah kegunaan buluh dalam industri pembuatan?
Di manakah buluh biasanya tumbuh?
Adakah industri pembuatan banyak menggunakan buluh?
Kelab Alam Sekitar sekolah akan melawat Taman Negara pada hari Sabtu depan.
Mengapakah Kelab Alam Sekitar sekolah akan melawat Taman Negara?
Bilakah Kelab Alam Sekitar sekolah akan berkunjung ke Taman Negara?
Apakah tujuan Kelab Alam Sekitar sekolah melawat Taman Negara?
Bagaimanakah anggota Kelab Alam Sekitar sekolah menghabiskan masa lapang pada hari Sabtu?
Saya menyiapkan projek yang cikgu beri selama tiga hari.
Bilakah kamu menyiapkan projek yang cikgu beri?
Benarkah kamu menyiapkan tiga hari projek yang cikgu beri?
Berapa lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek yang cikgu beri?
Lamakah masa yang kamu ambil untuk menyiapkan projek yang cikgu beri?
Pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan akan hadir bagi merasmikan Hari Sukan sekolah saya.
Berapakah jemputan yang akan hadir bagi merasmikan Hari Sukan sekolah kamu?
Siapakah yang akan hadir bagi merasmikan Hari Sukan sekolah kamu?
Mengapakah Hari Sukan kamu diadakan pada bulan Ogos?
Di manakah Hari Sukan sekolah kamu akan diadakan?
