Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tahun 5 Perjuangan Tokoh Tempatan Menentang British

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Nama sebenar Dato’ Bahaman ialah ...............................

a)

Abdul Rahman Limbong

b)

Abdul Rahman Abdul Hamid

c)

Abdul Rahman bin Imam Noh

d)

Abdul Rahman Hasan

2.

Dato’ Bahaman dilantik sebagai ........................... Temerloh selepas kematian Orang Kaya Indera Segara.

a)

pembesar

b)

ketua

c)

pembayar cukai

d)

gabenor

3.

Faktor penentangan Dato’ Bahaman terhadap British ialah

a)

Hilang hak mengutip cukai.

b)

Pembinaan balai polis di Lubuk Terua.

c)

Hugh Clifford telah memaksa Sultan Ahmad untuk melucutkan gelaran dan jawatan Dato’ Bahaman .

d)

Peraturan tanah.

4.

Mengapakah Perang Semantan tercetus di Lubuk Terua?

a)

Berikutan perjuangan Orang Sulu menentang penjajah Sepanyol di Filipina.

b)

Dato’ Bahaman telah bertindak balas menyerang balai polis di Lubuk Terua selepas British menangkap 3 orang pengikutnya.

c)

Berpunca daripada kematian Sarjan Che Wan yang telah mati ditikam oleh Tok Janggut.

d)

Disebabkan British menceroboh kawasan hutan yang menjadi kawasan suci kaum Murut untuk membina jalan.

5.

Berikut adalah penentangan Dato’ Bahaman terhadap British, KECUALI

a)

Pada 14 Jun 1894, Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

b)

Pada Mac 1892, Dato’ Bahaman menawan semula Lubuk Terua dan mendapat sokongan Tok Gajah & Mat Kilau.

c)

Pada 16 Disember 1891, telah berlakunya Perang Semantan.

d)

Pada Julai 1891, Dato' Bahaman telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.

6.

Berikut adalah kenyataan benar tentang Tok Janggut, KECUALI

a)

Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas.

b)

Beliau diberi gelaran Tok Janggut kerana menyimpan janggut hingga ke paras dada.

c)

Beliau dilahirkan pada tahun 1853.

d)

Beliau dilahirkan di Inanam, Sabah.

7.

Faktor penentangan Tok Janggut terhadap British ialah

a)

Peraturan tanah.

b)

Pengenalan cukai yang membebankan.

c)

Perasaan anti British.

d)

Menceroboh kawasan hutan.

8.

Berikut adalah antara kronologi penentangan Tok Janggut :

a)

28 April 1915, Sarjan Che Wan telah mati ditikam oleh Tok Janggut.

b)

29 April 1915, Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas Pasir Putih.

c)

Pada 24 Mei 1915, British telah melancarkan perang besar-besaran ke atas kubu Tok Janggut di Kg. Dalam Pupuh, Saring. Tok Janggut telah terkorban.

d)

Pada 14 Jun 1894, Tok Janggut & 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

9.

Pada 24 Mei 1915, jenazah .................................. telah digantung secara songsang di Padang Balai Besar, Kota Bharu selama 4 jam setelah diarak di Pasir Putih & Kota Bharu.

a)

Tok Janggut

b)

Mat Kilau

c)

Antanom

d)

Mat Salleh

10.

Nama sebenar Mat Salleh adalah .......................................

a)

Datu Mohammad Salleh bin Datu Balu.

b)

Datu Patinggi Mat bin Salleh.

c)

Abdul Hamid bin Gaffar.

d)

Mohammad Salleh bin Baluna.

11.

Antara faktor penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) ialah ......................

a)

Peraturan yang membebankan di mana rakyat dijadikan buruh paksa, beras dikenakan cukai dan pemilik perahu dikenakan membuat lesen.

b)

Hilang hak mengutip cukai

c)

Menceroboh kawasan hutan.

d)

Pembinaan balai polis di Lubuk Terua.

12.

Berikut adalah antara kronologi penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB)

a)

Pada Julai 1897, Mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan membakar Pulau Gaya.

b)

Pada November 1897, Mat Salleh telah menyerang Ambong.

c)

Pada April 1898, sebuah rundingan telah diadakan di Menggatal.

d)

Pada 16 Disember 1891 telah tercetus Perang Semantan.

13.

Berikut adalah penyataan yang BENAR tentang Antanom, KECUALI

a)

Nama sebenar beliau adalah Ontoros anak lelaki Antanom.

b)

Beliau dilahirkan di Sungai Salarom pada tahun 1875.

c)

Beliau berasal dari keturunan Suku Murut Tagol yang bermaksud golongan bermartabat.

d)

Beliau dilahirkan di Inanam, Sabah.

14.

Antara faktor penentangan Antanom terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) ialah

a)

Larangan membuka tanah baru.

b)

Buruh paksa di mana setiap pasangan yang mempunyai 2 orang anak mesti menyerahkan salah seorang anak kepada SBUB untuk dijadikan buruh.

c)

Menzalimi keluarga iaitu pasangan suami isteri kaum Murut dipaksa tinggal berasingan di seberang tebing sungai. Setiap kali berkunjung, mereka dikenakan cukai sebanyak 1 dolar.

d)

Perlucutan gelaran dan jawatan sebagai pembesar.

15.

Berikut adalah antara kronologi penentangan Antanom terhadap Syarikat Borneo Utara British (SBUB) KECUALI

a)

Pada Februari 1915, Antanom menentang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan.

b)

Pada April 1915, Syarikat Borneo Utara British telah menghantar 400 orang untuk menyerang kubu Antanom.

c)

Pada Mac 1915, Antanom telah membina kubu di Sungai Selangit.

d)

Perjuangan Antanom dikenali sebagai ‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu.

16.

Nama sebenar Haji Abdul Rahman Limbong ialah .................

a)

Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid.

b)

Abdul Rahman bin Imam Noh.

c)

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

d)

Abdul Rahman bin Hasan.

17.

Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong dikenali sebagai .......................................... di Terengganu.

a)

Kebangkitan Tani

b)

Kebangkitan Merdeka

c)

Perjuangan Alam

d)

Perjuangan Anak Tani (PATI)

18.

Antara faktor penentangan Haji Abdul Rahman Limbong terhadap British ialah

a)

Peraturan tanah baru 1924 di mana penduduk wajib mendaftarkan tanah mereka dengan bayaran 2.50 dolar seorang.

b)

Perasaan anti British.

c)

1896 Syarikat Borneo Utara British telah menyerang Sungai Sugut dan membakar perkampungan Mat Salleh.

d)

Menceroboh kawasan hutan.

19.

Pada Ogos 1895, Mat Salleh telah pergi ke Sandakan untuk menemui ................................................., Gabenor Beaufort, tetapi tidak dilayan.

a)

C.V. Creagh

b)

Hugh Clifford

c)

J.W.W Andrew

d)

Sarjan Che Wan

20.

Pada Januari 1892, ..................................... telah ditubuhkan dan disertai oleh J.P. Roger ( Residen Pahang ). Gerkan ini telah berjaya menawan 11 kubu Dato’ Bahaman di Bentong.

a)

Gerakan Sultan

b)

Gerakan Gerila

c)

Gerakan Roger

d)

Gerak Khas