Font size
WorksheetsSejarah Tahun 6 Kaum Etnik di Malaysia
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum-kaum berikut, KECUALI
Melayu
Cina
India
Orang Sulu
Berikut adalah kenyataan yang BENAR tentang kaum Melayu
Bertutur menggunakan bahasa Melayu.
Mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu.
Kaum kedua terbesar di Malaysia.
Beragama Islam.
Kenyataan berikut adalah tentang masyarakat India di Malaysia KECUALI
Masyarakat kedua terbesar di Malaysia.
Masyarakat ketiga terbesar di Malaysia.
Semasa perayaan Deepavali, masyarakat India yang beragama hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat.
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki India.
Antara etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia ialah
Jahai
Bateq
Semai
Punjabi
Kumpulan etnik di Sarawak ialah
Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kelabit, Penan, Kadayan, dan Lun Bawang.
Kadazandusun, Bajau, Murut, Kadayan, Bisaya, Iranun, Rungus, Orang Sungai, Brunei dan Suluk.
etnik Sikh dan etnik Portugis.
Melayu, Cina dan India.
Etnik ini mudah dikenali dengan identiti pakaian mereka, iaitu kaum lelaki memakai jaket serta seluar panjang yang berwarna hitam dan merah, manakala wanita memakai skirt lebar yang berlapis-lapis.Namakan etnik ini.
Portugis
Sikh
Melayu
India
Kenyataan yang BENAR tentang etnik Siam adalah
Kebanyakan mereka tinggal di utara negeri yang bersempadan dengan Thailand seperti Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.
Pakaian wanita etnik Siam ialah cheongsam.
Bahasa pertuturan etnik Siam ialah bahasa Punjabi.
Antara perayaan yang disambut ialah Hari Deepavali dan Hari Thaipusam.
Kenyataan yang BENAR tentang etnik Baba dan Nyonya adalah
Perkahwinan pedagang dari China dengan penduduk tempatan telah mewujudkan etnik Cina peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya.
Anak lelaki disebut Baba.
Anak perempuan disebut Nyonya.
Antara perayaan yang disambut ialah Loy Krathong dan Songkran.
Berikut adalah penyataan yang BENAR tentang aktiviti utama kaum orang Asli di Malaysia pada masa dahulu.
mencari hasil hutan
berburu
menangkap ikan
pelombong
Berikut adalah penyataan yang BENAR tentang etnik di Sabah pada masa dahulu, KECUALI
Etnik Kadazandusun tinggal di pedalaman dan bekerja sebagai petani dan pemungut hasil hutan.
Etnik Bajau tinggal di darat dan pesisir pantai serta bekerja sebagai nelayan.
Etnik Murut tinggal di kawasan berbukit mengusahakan penanaman padi huma dan memungut hasil hutan.
Etnik Melanau tinggal di kawasan berbukit mengusahakan penanaman padi huma dan memungut hasil hutan.
