wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T1 Bab 8 Penduduk di Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah berkaitan dengan taburan penduduk di Malaysia?

a)

Taburan penduduk yang sama rata

b)

Taburan penduduk yang tidak sekata

c)

Tumpuan penduduk di kawasan pertanian sahaja

d)

Kawasan pedalaman tanpa penduduk

2.

Kawasan X mempunyai lebih daripada 200 orang penduduk sekilometer persegi.

Kawasan X merujuk

a)

Lembah Klang

b)

Lembah Beringin

c)

Lembah Bujang

d)

Lembah Danum

3.

Apakah faktor utama yang mempengaruhi kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan berlorek dalam peta?

a)

Sosial

b)

Pendidikan

c)

Fizikal

d)

Ekonomi

4.

Di Malaysia, penduduk bertumpu di lembah sungai kerana

I tanih yang subur untuk pertanian

II kemudahan pengangkutan sungai

III bebas daripada kemarau

IV bebas daripada bencana alam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

Apakah faktor yang menjadikan kawasan di bawah berpenduduk jarang?

  • Ulu Tembeling (Pahang)
  • Tasik Banding (Perak)
  • Kapit (Sarawak)
a)

Tempat penginapan yang mahal

b)

Kejadian bencana alam

c)

Darjah ketersampaian yang rendah

d)

Bentuk muka bumi yang tidak rata

6.

Mengapakah kawasan berlorek P, Q dan R berpenduduk padat?

a)

Kawasan perlombongan petroleum

b)

Lokasi bandar pentadbiran negeri

c)

Tanah subur untuk pertanian

d)

Kawasan yang aman dan selamat

7.

Bagaimanakah aktiviti di atas menggalakkan tumpuan penduduk di sesuatu kawasan?

a)

Mewujudkan banyak peluang pekerjaan

b)

Bentuk muka bumi yang rendah

c)

Sumber makanan banyak dan murah

d)

Pelbagai barangan keperluan yang murah

8.

Apakah isu utama di kawasan berpenduduk padat di Malaysia?

I Kesesakan tempat tinggal

II Kadar pengangguran menurun

III Keselesaan hidup

IV Taraf hidup merosot

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah langkah yang berkesan untuk mengurangkan kesesakan di kawasan yang berpenduduk padat?

a)

Memindahkan penduduk ke bandar lain

b)

Pembukaan bandar baharu di pinggir bandar induk

c)

Pembinaan lebih banyak rumah kos rendah

d)

Mengusir keluar penghuni yang menganggur

10.

Pernyataan di atas merujuk kepada kawasan yang bertanda

a)

I dan II

b)

II dan IIII

c)

III dan IV

d)

I dan IV

11.

Aktiviti di atas boleh menarik penghijrahan penduduk ke kawasan X dan Y. Kawasan X dan Y yang dimaksudkan adalah

a)

X - Kerteh

b)

Y - Ipoh

c)

X - Sandakan

d)

Y - Miri

12.

Sektor X mampu menyediakan peluang pekerjaan yang menggalakkan penghijrahan penduduk ke kawasan di atas. Sektor X berkemungkinan adalah

a)

Perikanan

b)

Perindustrian

c)

Pertanian

d)

Pendidikan

13.

Faktor faktor di atas adalah antara usaha kerjaan untuk memastikan taburan penduduk Malaysia dapat dikawal.

Apakah contoh untuk faktor X?

a)

Hutan Simpan Royal Belum

b)

Shah Alam

c)

Putrajaya

d)

Felda Sahabat

14.

Apakah faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di kawasan di atas?

a)
b)
c)
d)
15.

Apakah ciri-ciri kawasan berpenduduk sederhana?

a)

kawasan yang rata dan subur untuk pelbagai kegiatan ekonomi

b)

banyak tertumpu di kawasan persisiran pantai dan bandar kecil

c)

tertumpu di kawasan hutan tebal dan tanah tinggi

d)

melibatkan kawasan pedalaman dan bergunung-ganang

16.

Antara berikut, pernyataan manakah yang BENAR mengenai darjah ketersampaian?

a)

Semakin banyak kemudahan asas untuk membangunkan sesuatu tempat, semakin tinggi darjah ketersampaian.

b)

Semakin susah interaksi atau komunikasi dengan sesuatu tempat, semakin tinggi darjah ketersampaian.

c)

Semakin mudah sesuatu lokasi dapat ditujui, semakin tinggi darjah ketersampaian tempat tersebut.

17.

Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan di tempat-tempat di atas?

a)
b)
c)
d)
18.

Apakah persamaan tempat-tempat di atas?

a)

Pusat perindustrian

b)

Pusat perikanan

c)

Pusat pendidikan

d)

Pusat perlombongan

19.

Apakah kegiatan ekonomi yang diutamakan kerajaan melalui Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA)?

a)

Perikanan

b)

Pertanian

c)

Perindustrian

d)

Perkilangan

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan sebab sesuatu kawasan berpenduduk jarang?

I Pembinaan petempatan yang berisiko tinggi

II Tiada kemudahan sosial yang lengkap

III Darjah ketersampaian yang tinggi

IV Pewartaan taman negara dan hutan simpan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II, III dan IV