wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Tingkatan 3 Bab 2

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Nama pelabuhan yang paling awal dibuka di Pulau Pinang dan sering dikunjungi pedagang Arab ialah

a)

Batu Uban

b)

Butterworth

c)

Pangkalan Weld

d)

Dermaga Swettenham

2.

Mengapakah British meluaskan kuasa di Pulau Pinang pada awal abad ke - 18?

Pilih mana-mana jawapan yang sesuai.

a)

Pangkalan tentera laut

b)

Pentadbiran yang aman

c)

Pengeluar bijih timah dunia

d)

Pusat pelabuhan persinggahan

3.

Gambar menunjukkan pertapakan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang pada tahun 1786.

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?

a)

Kesabaran dalam tindakan

b)

Kesetiaan kepada pemerintah

c)

Kebijaksanaan mengelak penjajahan

d)

Keberanian dalam menghadapi cabaran

4.

Mengapakah tokoh ditunjukkan ditugaskan mencari pelabuhan baharu British di Alam Melayu?

a)

Menyaingi kemahuan Perancis

b)

Menamatkan Perang Napoleon

c)

Memecahkan penguasaan Belanda

d)

Mengatasi persengketaan di Singapura

5.

Mengapakah Tengku Hussein tidak dilantik sebagai pengganti Sultan Mahmud Shah III?

a)

Berada di Pahang

b)

Bukan putera mahkota

c)

Bertelingkah dengan pembesar

d)

Berkahwin dengan wanita tempatan

6.

Bagaimanakah Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta Kesultanan Johor Riau bagi membolehkan beliau menduduki Singapura?

a)

Mengiktiraf Tengku Hussein sebagai sultan

b)

Memulau pelantikan Tengku Abdul Rahman

c)

Menawarkan bantuan ketenteraan kepada Tengku Hussein

d)

Menandatangani perjanjian damai dengan Temenggung Abdul Rahman

7.

Apakah kesan daripada perjanjian di antara John Crawford dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman pada 2 Ogos 1824?

Pilih mana-mana yang sesuai.

a)

Sultan Hussein kehilangan kuasa

b)

Singapura diserahkan kepada British selama-lamanya

c)

Johor menjadi tanah jajahan British

d)

Temenggung memindahkan pusat pentadbiran

8.

Maklumat berkaitan dengan hubungan British dan Belanda pada abad ke-18.

Mengapakah Belanda mahu mengelakkan peperangan dengan British?

Pilih mana-mana yang sesuai.

a)

Ingin menguasai Alam Melayu

b)

Meluaskan pengaruh di Selangor

c)

Mengalami masalah kewangan

d)

Semakin lemah selepas Perang Napoleon

9.

Bagaimanakah Perjanjian London 1824 memberi kesan kepada kerajaan Alam Melayu?

a)

Menghapuskan institusi kesultanan

b)

Melaksanakan undang-undang Barat

c)

Mengambil alih pemerintahan tradisional

d)

Membahagikan Alam Melayu kepada dua lingkungan pengaruh Barat

10.

Apakah syarat perjanjian London 1824?

a)

British berundur dari Singapura

b)

Belanda menyerahkan Melaka kepada British

c)

Belanda menyerahkan Bangkahulu kepada British

d)

Belanda boleh membuka petempatan di Tanah Melayu dengan izin British

11.

Mengapakah Sultan Mahmud Muzaffar Shah IV berasa murka dengan Perjanjian London 1824?

a)

Diugut untuk diturunkan takhta

b)

Dipaksa menandatangani perjanjian

c)

Membelakangkan Raja - raja Melayu

d)

Menghakis kuasa sultan dan pembesar

12.

Apakah persamaan yang dimainkan oleh negeri Pulau Pinang, Singapura dan Melaka sebelum menjadi Negeri-negeri Selat?

a)

Pusat keagamaan

b)

Pelabuhan perdagangan

c)

Pangkalan tentera British

d)

Pusat kebudayaan Alam Melayu

13.

Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang kepentingan pembentukan Negeri-negeri Selat kepada British?

a)

Kos pentadbiran sifar

b)

Menggalakkan pelaburan asing

c)

Menguasai keseluruhan Selat Melaka

d)

Kejayaan mengatasi perdagangan Belanda

14.

Mengapakah British menggabungkan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka menjadi satu unit pentadbiran yang dinamakan Negeri-negeri Selat?

a)

Untuk menyeragamkan dan menjimatkan kos perbelanjaan pentadbiran

b)

Untuk kerjasama serantau dengan kuasa Belanda

c)

Untuk dijadikan pangkalan tentera yang kuat

d)

Untuk menyenangkan eksploitasi sumber Alam Melayu

15.

Mengapakah berlaku hubungan baik antara Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu?

a)

Melabur modal memajukan perlombongan bijih timah

b)

Menjadi pintu masuk pelabur luar ke Negeri-negeri Selat

c)

Mendapat bantuan kewangan untuk memajukan negeri

d)

Memerlukan pelabuhan eksport untuk bersaing dengan Belanda

16.

Mengapakah pentadbiran Negeri-negeri Selat oleh Pejabat India menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pedagang Negeri-negeri Selat?

a)

Tidak melindungi pedagang Negeri-negeri Selat

b)

Tiada undang-undang berkaitan Negeri-negeri Selat

c)

Menjadikan Negeri-negeri Selat tempat pengumpulan pedagang

d)

Pentadbiran Negeri-negeri Selat diketuai oleh pembesar tempatan

17.

Pada 1 April 1867, Negeri-negeri Selat diletakkan di bawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan British di London.

Apakah kesan langkah tersebut kepada status Negeri-negeri Selat?

a)

Dijanjikan kemerdekaan

b)

Menjadi tanah jajahan British

c)

Mendapat perlindungan British

d)

Mengamalkan pentadbiran British

18.

Jadual ditunjukkan berkaitan dengan struktur pentadbiran Negeri-negeri Selat (1826-1867).

Apakah X?

a)

Gabenor

b)

Majlis Eksekutif

c)

Raja-raja Melayu

d)

Majlis Perundangan

19.

Siapakah orang Melayu pertama yang dilantik menganggotai Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat?

a)

Bendahara Tun Ali

b)

Mohammad Eunos Abdullah

c)

Temenggung Abdul Rahman

d)

Sultan Mahmud Muzaffar Shan IV

20.

Apakah peranan Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat yang ditubuhkan pada 1 April 1867?

a)

Mengurus pentadbiran

b)

Meluluskan undang-undang

c)

Memastikan keamanan negeri

d)

Melindungi Gabenor Jeneral