wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 4 TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM TINGKATAN 4

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tonggak utama Teknologi Hijau?

a)

Tenaga

b)

Politik

c)

Penyelidikan

d)

Keselamatan

2.

Apakah definisi Teknologi Hijau?

a)

Pembangunan dan aplikasi produk, peralatan

dan sistem yang menjaga dan memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

b)

Penyusutan nilai mata wang serta meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

c)

Peningkatan penggunaan sumber bahan api fosil tetapi berusaha meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

d)

Penambahan pengangkutan untuk perkembangan ekonomi negara dan kemudahan hidup rakyat.

3.

Antara yang berikut, yang mana tidak menerangkan tentang sektor pengangkutan?

a)

Penjenamaan pengangkutan hijau telah diperkenalkan untuk meminimumkan kesan gas rumah hijau.

b)

Program kecekapan tenaga dan pengurusan tenaga menjadi inisiatif yang penting dalam pengurusan industri.

c)

Penggunaan Gas Asli Cair (LNG) dan Gas Asli Mampat

(CNG) diperkenalkan bagi menggantikan penggunaan petroleum.

d)

Sumber bahan api bio yang dihasilkan daripada minyak sayuran dan lemak haiwan ini merupakan sumber

alternatif yang boleh digunakan ke atas pengangkutan.

4.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan

kesan amalan kecekapan tenaga?

a)

Peningkatan dalam penjimatan sumber tenaga

b)

Peningkatan gas rumah hijau

c)

Pertambahan penggunaan tenaga yang digunakan setiap tahun

d)

Peningkatan kos sara hidup yang berterusan

5.

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kesan daripada tindakan manusia di atas?

a)

Menyebabkan penghakisan disebabkan oleh penurunan hujan asid

b)

Menyebabkan pembuangan sisa pepejal seperti plastik di dalam sungai dan lautan

c)

Meningkatkan kadar kemasinan air laut

d)

Menyebabkan hakisan tanah dan banjir lumpur di kawasan berhampiran

6.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan tenaga tidak boleh diperbaharui?

a)

Solar

b)

Hidro

c)

Biojisim

d)

Arang batu

7.

Apakah kesan daripada kitar semula kertas terhadap alam semula jadi?

a)

Memelihara habitat dan sumber makanan haiwan di hutan

b)

Menyebabkan hakisan tanah dan banjir lumpur

c)

Mengganggu kitaran karbon dan kitaran oksigen

d)

Mengganggu kesinambungan hidupan

8.

Apakah kesan penjenamaan pengangkutan hijau kepada masyarakat?

a)

Persekitaran yang bising

b)

Pengurangan gas rumah hijau

c)

Peningkatan gas rumah hijau

d)

Ekonomi negara terjejas

9.

Amalan 5R merupakan antara amalan yang disarankan dalam Teknologi Hijau. Apakah elemen yang terdapat dalam amalan 5R?

a)

Tolak, rawat, guna semula, pemeliharaan, pemulihan

b)

Guna semula, pemulihan, tolak, kurangkan, kitar semula

c)

Guna semula, pemeliharaan, kurangkan, rawat, kitar semula

d)

Tolak, rawat, pemeliharaan, kurangkan, pemulihan

10.

Apakah proses yang boleh dijalankan ke atas sisa pepejal supaya sisa-sisa tersebut diubah kepada bahan organik yang bermanfaat seperti penstabil dan baja organik?

a)

Kitar semula

b)

Pembakaran

c)

Rawatan biologi

d)

Rawatan kimia