Font size
Worksheetsbab 5 persekutuan tanah melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Pernyataan berikut berkaitan dengan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.
Ketegasan Orang Melayu
Apakah kesan penting akibat daripada pernnyataan tersebut?
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
British menjajah Tanah Melayu
British membuat rundingan
Lahirnya Perlembagaan Persekutuan Melayu
Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu?
Ketegasan Melayu
Perpaduan
Menggalakkan penjajahan
menyokong golongan radikal
Rundingan Persekutuan Tanah Melayu yang disertai oleh raja-raja Melayu, UMNO, dan orang Melayu yang telah ditentang oleh orang dagang. Apakah sebab penentangan tersebut?
syarat kerakyatan yang ketat
menuntut sebuah republik
tiada perwakilan daripada orang dagang
mahu kemerdekaan sepenuhnya.
Kuasa tertinggi Persekutuan Tanah Melayu masih dipegang oleh British. Mengapakah kuasa ini masih dipegang oleh British.Mengapakah kuasa ini masih dipegang oleh British?
sebagai lambang sahaja
pembahagian kuasa antara orang Melayu dengan British
Tanah Melayu belum diberi kemerdekaan lagi
British masih berminat untuk menguasai Tanah Melayu
Persekutuan Tanah Melayu 1948 memperlihatkan pemeliharaan kedudukan istimewa orang Melayu. Siapakah yang melindungi hak istimewa orang Melayu mengikut ciri-ciri perlembagaan Persekutuan Melayu?
Raja-raja Melayu
UMNO
Pesuruhjaya tinggi
Yang di-Pertuan Agong
Mengapakah British bersetuju menubuhkan institusi berikut?
1 Februari 1948 - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Kegagalan Malayan Union
Hasil desakan orang Melayu
Bersimpati dengan nasib orang Melayu
Persediaan ke arah berkerajaan sendiri
Mengapakah tokoh berikut menentang cadangan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
Dr. Burhanuddin al-Helmy
Memenuhi tuntutan orang dagang
memajukan ekonomi orang Melayu
menuntut konsep sebuah republik
memohon kemerdekaan sepenuhnya
Apakah persamaan perjuangan kedua-dua pertubuhan berikut?
PUTERA
AMCJA
pengamalan dasar imigran
pemasnsuhan Malayan Union
Penubuhan Perlembagaan Rakyat
Perlaksaan perang gerila terhadap British
Apakah manfaat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu terhadap sistem pemerintahan beraja?
Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu
Pemansuhan sistem pewarisan tahkta
Pengenalan Sistem perlembagaan
Pentadbiran diketuai oleh Yang di- Pertuan Agong
Kedudukan istimewa orang Melayu telah dikembalikan dengan termeterainya Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948.Siapakah yang bertanggungjawab menjaga kedudukan tersebut?
Gabenor Jeneral
Raja-raja Melayu
Yang di-Pertuan Agong
Pesuruhjaya Tinggi British
Maklumat berikut berkiatan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Sebuah persekutuan dibentuk.
Bagaimanakah persekutuan dibentuk?
Arahan piagam Atlantik
Kemerdekaan diumumkan
Persetujuan Majlis raja-raja
Gabungan sebelas buah negeri
Mengapakah British memperkenalkan semula Rakyat Raja Melayu dalam syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu?
mengukuhkan kuasa pembesar
mendapatkan taat setia rakyat
memantapkan struktur pentadbiran negeri
melindungi kedudukan istimewa orang Melayu
APakah kesan peristiwa 1948 iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu terhadap perjuangan orang Melayu
Berkuasa mengawal pentadbiran
Parti-parti politik digabungkan
institusi raja Melayu di kekalkan
Syarat kerakyatan dipermudahkan
Apakah yang diperjuangkan oleh dua tokoh negara iaitu Dato Onn Ja'afar dan Dato Nik Ahmed Kamil.
Kerakyatan jus soli kepada semua orang dagang
menentang pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
Mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu
Penyatuan orang Melayu melalui Persatuan Melayu Kebangsaan
Maklumat berikut merujuk kepada sumbangan seorang tokoh di Tanah Melayu
# Menjadi Menteri Besar Kelantan
#Terlibat dalam penubuhan UMNO
#Mewakili Raja-raja Melayu dalam rundingan kemerdekaan.
Siapakah tokoh tersebut?
Dato' Onn Ja'afar
Dato' Hamzah Abdullah
Dato' Nik Ahmed Kamil
Dato' Mahmud Mat
Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada 1948.
Pegawai Kanan British
Pemimpin UMNO
Wakil Raja-raja Melayu
Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk?
mengambil langkah menerangkan kemasukan imigran
menentukan bidang kuasa negeri yang perlu dikekalkan
menetepakan tarikh pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu
membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union.
British telah menubuhkan jawatankuasa Eksekutif yang dianggotai oleh 12 orang ahli bertempat di King's House , Kuala Lumpur. Antara berikut, yang manakah tuntutan orang Melayu dalam mesyuarat tersebut?
menginginkan sebuah persekutuan
menolak dasar perlindungan
menerima semua struktur Malayan Union
Mengiktiraf kerakyatan terbuka Malayan Union
Mengapakah perundingan jawatankuasa Eksekutif ditentang oleh orang dagang dan golongan radikal Melayu?
kerakyatan jus soli diterima
tidak mewakili semua pihak
negara persekutuan dibentuk
perkongsian kuasa dilaksanakan
Rajah berikut merujuk kepada kandungan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
Kontrak Sosial
British
Raja-raja Melayu
x
Apakah X?
Orang Cina
Orang Dagang
Orang Melayu
Orang India
Pernyataan berikut merujuk kepada peranan raja dan pemimpin Melayu.
Sikap kerjasama Raja-raja Melayu dan para pemimpin Melayu telah merealisasikan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Apakah perumpamaan yang boleh dikaitkan dengan sikap berikut?
Bulan Jatuh ke riba
Aur dengan tebing
Menatang minyak yang penuh
Orang mengantuk disorongkan bantal
