NEW
Font size
WorksheetsBM: Kata Sendi (KS1)
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Gerakan mencari mangsa bot karam itu akan diteruskan _________________ pagi esok.
dari
sejak
hingga
daripada
Abang Zarul mengambil gambar kami _____________________ menggunakan telefon pintar.
di
pada
dengan
kepada
Angin Monsun Timur Laut dijangka akan bertiup kencang __________________ bahagian utara.
ke
di
dengan
kepada
Kelawar keluar mencari makanan ____________________ waktu malam.
di
pada
hingga
daripada
Tudung saji itu digantung ______________________ dinding bersebelahan dengan bilik emak.
di
pada
dalam
dengan
Nadia memasukkan sampah _______________________ dalam tong sampah.
di
ke
pada
dengan
Aiman berjalan kaki ke sekolah _____________________ adiknya, Aina pada setiap pagi.
bagi
demi
antara
dengan
Makcik Kiah membuat sebiji kek coklat __________________ hari jadi anaknya.
bagi
demi
untuk
kepada
Para remaja dinasihati supaya tidak terpengaruh ____________________ budaya barat yang tidak bermoral.
dengan
terhadap
kepada
pada
Encik Amin menjolok buah rambutan yang tinggi itu _________________ galah.
untuk
pada
dengan
kepada
Seminar Bahasa Melayu itu telah dihadiri oleh para peserta ___________ Sabah dan Sarawak.
daripada
hingga
sampai
dari
Sepasang baju kurung biru itu dibelinya _____________ ibu di kampung.
akan
untuk
kepada
daripada
Mereka sedang berbincang
____________ kenaikan harga barang-barang keperluan harian.
tentang
akan
untuk
sejak
Mak Cik Mimah termenung sendirian
di jendela rumahnya kerana rindu
________ anaknya yang menuntut
di Mesir.
oleh
akan
dengan
kepada
Borang cadangan itu hendaklah dimasukkan ___________ dalam peti
yang berwarna hitam.
di
ke
pada
dengan
Projek perumahan Mega itu sudah terbengkalai ____________ tiga tahun
yang lalu.
dari
sejak
hingga
sampai
Menara Berkembar Petronas
terdiri ______________ dua buah
bangunan yang sama bentuknya.
dari
pada
dengan
daripada
Kejayaan kita dalam pelajaran bergantung ____________
daya usaha kita sendiri.
oleh
pada
kepada
daripada
Perompak bank itu menyerah diri __________ pihak polis petang
semalam.
kepada
dengan
pada
ke
”Hadiah itu __________ kamu, Zetty.”
kata Salina.
pada
untuk
dengan
kepada
