WorksheetsKuiz 12_Kata Sendi Nama
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pelanggan pasar raya itu berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah _______________ setiap pembelian bernilai RM 100 ke atas.
tentang
daripada
dengan
dari
Ashanti mengambil sebatang pen lalu menulis sesuatu ________________ telapak tangannya.
dengan
untuk
ke
pada
Jamil ditegur _______________ ayahnya kerana berbelanja dengan boros.
oleh
pada
daripada
sejak
Kajian ________________ kesesakan jalan raya di ibu kota itu dijalankan selama empat bulan.
oleh
hingga
tentang
kepada
Kerusi itu diperbuat ______________ kayu yang bermutu tinggi.
ke
di
daripada
kepada
Mereka berteduh ______________ bawah sepohon pokok rendang apabila hujan turun.
di
kepada
ke
dari
Lampu isyarat terdiri _______________ tiga warna.
ke
dari
daripada
di
Amira pergi _____________ sekolah dengan berpakaian bersih dan kemas.
ke
kepada
di
dari
Ibu memasukkan secawan tepung _____________ dalam adunan kek itu.
ke
kepada
di
dari
Ibu Didie menyapu marjerin _____________ roti itu sebagai hidangan sarapan mereka sekeluarga.
ke
kepada
pada
dari
Kai Yu memberi hadiah ____________ Delina Khoo sempena hari lahir kawannya itu.
pada
kepada
dengan
di
Kami sekeluarga berkelah ____________ Pantai Cherating sebelum bergerak ke Terengganu.
di
kepada
dari
ke
“Patuhi lampu isyarat supaya terhindar _____________ kemalangan,” pesan bapa kepada abang saya.
ke
dari
daripada
di
Cikgu Rasyid menampal notis keselamatan _____________ papan kenyataan sekolah.
ke
pada
kepada
di
Jejantas disediakan khas ______________ pejalan kaki supaya tidak menggunakan jalan raya yang penuh dengan kenderaan yang lalu-lalang.
ke
kepada
daripada
dari
Encik Lim memberi topi keledar ______________ anaknya sebelum membawa bersiar-siar.
ke
kepada
pada
dari
Damia berasal _______________ Kuala Terengganu.
ke
dari
daripada
kepada
Glen mengajak abangnya ______________ Kedai Buku Popular untuk mencari bahan rujukan Sains.
dari
ke
di
daripada
Gayatri memberi sebuah buku cerita ____________ Sephia Chin.
ke
kepada
di
daripada
Sandra akan mengeluarkan sisa-sisa makanan______________ celah-celah giginya.
dari
kepada
daripada
daripada
