wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Peribahasa 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Eason membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing.

a)

jalan buntu

b)

membawa diri

c)

langkah seribu

d)

angkat kaki

2.

Penduduk Kampung Gombak telah mendapat _____________ sebagai sebahagian daripada pampasan selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan jalan raya.

a)

wang muka

b)

wang kopi

c)

wang hangus

d)

wang saku

3.
Anggota - anggota ekspidisi yang sesat itu terpaksa ___________ kerana bekalan makanan mereka semakin sedikit.
a)
alas perut
b)
ikat perut
c)
makan hati
d)
makan garam
4.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
5.
Mat Jenin _______________ untuk memperisterikan puteri raja.
a)
iri hati
b)
hati kering
c)
makan hati
d)
ada hati
6.

Dicky tidak menyesal membeli kasut kulit yang mahal itu kerana baginya __________________________.

a)

hati hendak, semua jadi

b)

alah beli, menang memakai

c)

nasi sudah menjadi bubur

d)

jauh panggang dari api

7.
Puan Lily  _______________ oleh sikap anaknya yang tidak mahu mendengar nasihat itu.
a)
membuang garam ke laut
b)
makan hati berulam jantung
c)
menangguk di air keruh
d)
hidup segan, mati tak mahu
8.
Orang yang bijak menggunakan masa pasti akan mencipta kejayaan dalam hidupnya kerana _________________.
a)
masa itu emas
b)
ilmu itu pelita hidup
c)
bertangguh itu pencuri masa
d)
bahasa jiwa bangsa
9.

Cikgu Tan memuji Andrew atas kejayaan projek sains itu, sedangkan Winston Tan lah yang bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut. Peribahasa yang sesuai ialah ______________________.

a)

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

b)

biar putih tulang, jangan putih mata

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

lembu punya susu, sapi dapat nama

10.

Walaupun berlainan bangsa, hubungan Xin Ying dan Uvashri sungguh akrab.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti kucing dibawakan lidi

c)

seperti pahat dengan penukul

d)

seperti gergaji dua mata

11.

Akhirnya Hao Qing berjaya menyiapkan rumah itu walaupun dilakukan sedikit demi sedikit setiap hari.

a)

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

b)

diam-diam ubi berisi, diam besi berkarat

c)

ikut hati mati, ikut rasa binasa

d)

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

12.
Mak Munah memarahi anaknya kerana terlalu lambat menyiapkan kerja yang mudah itu.
a)
liat seperti getah
b)
lambat seperti kura-kura
c)
degil seperti keldai
d)
ringan seperti kekabu
13.
Hati Normala _______________ apabila mendengar penghinaan orang kampung terhadap kedaifan keluarganya.
a)
bagai dihiris dengan sembilu
b)
bagai kacang lupakan kulit
c)
bagai murai tercabut ekor
d)
bagai cacing kena air panas
14.
Pembinaan projek perumahan itu terbengkalai kerana pihak pengurusannya ___________________.
a)
makan angin
b)
kacang hantu
c)
gulung tikar
d)
perang dingin
15.
Orang gaji itu _______________ apabila majikannya mahu melaporkan kepada polis mengenai kehilangan barang kemasnya.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti cacing kepanasan
c)
seperti tikus jatuh di beras
d)
seperti cicak makan kapur
16.

Puan Salmah berasa ___________ dengan sikap anak-anaknya yang jarang menjenguknya di kampung.

a)

buta hati

b)

gelap hati

c)

jauh hati

d)

ada hati

17.

Pasukan bola sepak itu terpaksa memilih pemain secara _____________ sahaja kerana kesuntukan masa untuk perlawanan itu.

a)

bidan terjun

b)

serkap jarang

c)

membuta tuli

d)

tangkap muat

18.

Pak Yahya digelar ____________ oleh penduduk kampung kerana dia selalu memeras ugut para nelayan yang menyewa bot-botnya.

a)

lintah darat

b)

cekik darah

c)

lipas kudung

d)

paku belanda

19.

Encik Azmi menjadi _____________ apabila ditawarkan habuan ribuan ringgit jika beliau meluluskan projek tersebut.

a)

gelap mata

b)

makan suap

c)

bunga dedap

d)

menongkat langit

20.

Anak-anak Puan Anita semuanya _____________ kerana mudah menerima pelajaran yang diajarkan oleh guru-guru.

a)

cekal hati

b)

terang hati

c)

lembut hati

d)

makan hati