wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Analisis Novel Tawanan Komander Caucasus

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah yang memegang watak utama dalam novel yang anda telah kaji?

a)

Devnanth

b)

Farhani

c)

Kim yong

d)

Haikal

2.

pengarang memerihalkan keadaan zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan berbagai-bagai spesies kumbang.


Teknik plot yang digunakan berdasarkan pernyataan tersebut ialah:

a)

imbas kembali

b)

dialog

c)

Kejutan

d)

Pemeri

3.

Kata kunci yang digunakan untuk menunjukkan nilai ialah:

a)

nilai murni

b)

nilai

c)

nilai tersebut

d)

nilai yang

4.

Hilang? Hilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?


Gaya bahasa yang terdapat dalam dialog di atas ialah:

a)

Bahasa istana

b)

repetisi

c)

simile

d)

Kata ganda

5.

Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang bersih kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai Komander Caucasus dan tenteranya.


Nilai yang boleh dinyatakan berdasarkan pernyataan tersebut ialah:

a)

Nilai kesungguhan

b)

Nilai baik hati

c)

Nilai kerajinan

d)

Nilai kebijaksanaan

6.

Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.


Pengajaran yang boleh kita dapati berdasarkan contoh tersebut ialah:

(a)  

7.

Turutan manakah yang betul bagi binaan plot?

a)

Permulaan, Perkembangan, Perumitan, Klimaks, Peleraian

b)

Permulaan, Perumitan, Klimaks, Perkembangan, Peleraian

c)

Permulaan, Perkembangan, Klimaks, Perumitan, Peleraian

d)

Permulaan, Peleraian, Klimaks, Perkembangan, Perumitan

8.

Seorang yang tamak akan kuasa apabila bertindak merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk.


Perwatakan tersebut merujuk kepada watak:

a)

Kim Yong

b)

Haikal

c)

Komander Caucasus

d)

Cheah Mei

9.

Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim Yong. Berita kehilangan mereka mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran serta pegawai penyiasat polis.


Antara berikut, latar masyarakat yang manakah menggambarkan pernyataan di atas?

a)

Masyarakat Yang Rajin Menimba Ilmu Sains

b)

Masyarakat Berbilang Kaum Dan Agama Yang Bersahabat Baik Dan Saling Menghormati

c)

Masyarakat Yang Prihatin Terhadap Keselamatan Murid-Murid Sekolah

d)

Masyarakat Yang Menjalankan Tugas Dengan Penuh Dedikasi

10.

Tentera kumbang amat patuh kepada ketua mereka, Komander Caucasus mereka patuh pada arahan pemimpin. Begitu juga kumbang kaum Bara dan spesies kumbang Sang Ubi begitu patuh dan setia kepada pemompin mereka Puteri Coleoptra.


Persoalan yang merujuk kepada pernyataan tersebut adalah;

a)

Persoalan tentang kesungguhan mempertahankan budaya dan warisan bangsa

b)

Persoalan tentang kesetiaan pengikut kepada ketua atau pemimpin

c)

Persoalan tentang keinginan untuk menakluki dunia dan menguasai orang lain

d)

Persoalan tentang kerjasama dalam menentang kejahatan / kezaliman