Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SAINS T4 B3

Total questions: 8

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, termometer manakah yang sesuai digunakan untuk mengukur suhu badan manusia dengan tepat?

a)

Termometer makmal

b)

Termometer klinikal

c)

Termometer rektal

d)

Termometer inframerah

2.

Apakah suhu badan normal manusia yang sihat?

a)

26.5 °C

b)

35.9 °C

c)

36.9 °C

d)

39.6 °C

3.

Faktor-faktor berikut menyebabkan suhu badan melebihi normal, kecuali

a)

Terdedah kepada keadaan panas yang melampau

b)

Makan terlalu banyak makanan pedas

c)

Jangkitan penyakit

d)

Senaman yang terlalu intensif

4.

Antara berikut, yang manakah titik nadi pada badan kita?

a)

Hujung jari

b)

Belakang telinga

c)

Pergelangan kaki

d)

Pergelangan tangan

5.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang denyutan nadi manusia?

a)

Bayi dan kanak-kanak mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah berbanding orang dewasa.

b)

Atlet mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih rendah berbanding orang yang bukan atlet.

c)

Individu yang sihat mempunyai kadar denyutan nadi yang rendah berbanding orang yang sakit.

d)

Mereka yang berlari dalam acara maraton mempunyai kadar denyutan nadi yang lebih tinggi.

6.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar denyutan nadi manusia bergantung pada


I - Jantina

II - Umur

III - Aktiviti fizikal

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan III sahaja

d)

I, II dan III

7.

Tentukan indeks jisim badan bagi Ali bin Majid.

a)

20.45 kg/m2

b)

28.32 kg/m2

c)

30.44 kg/m2

d)

38.33 kg/m2

8.

Bagaimana anda menginterpretasi kenyataan tekanan darah berikut?

a)

Bacaan 120 mm Hg menunjukkan tekanan darah ketika otot jantung mengecut.

b)

Bacaan 120 mm Hg menunjukkan tekanan darah ketika otot jantung mengendur.

c)

Bacaan 120 mm Hg ialah tekanan diastolik.

d)

Bacaan 80 mm Hg ialah tekanan sistolik.