NEW
Font size
WorksheetsKuiz Kesalahan Bahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Yang diambil oleh Imran di kolej ialah mata pelajaran Sains ______ Matematik dalam Bahasa Melayu.
dan
serta
_____ terkena sinaran matahari yang terik selama dua jam setengah, mukanya seperti udang dibakar.
Bila
Apabila
Laporan itu menyatakan _____ lapisan ozon semakin membimbangkan dan bencana akan melanda bumi.
bahawa
yang
Tetamu kehormat itu bukan pengerusi _____ anggota jawatankuasa induk persatuan kebajikan kami.
atau
dan
Pekerja itu sedang membaiki jalan raya yang rosak akibat banjir yang melanda ____ hujung minggu lalu.
di
pada
Sungai yang mengalir di tepi kaki gunung itu agak deras kemudian menjadi perlahan _______ tiba di muara.
bila
apabila
Doktor muda itu pakar pembedahan _____ pakar penyakit kanak-kanak?
atau
dan
Ibu itu memeluk anak gadisnya yang baru diumumkan sebagai juara pendeklamasi sajak __________ tersenyum.
sambil
sementara
Atlet yang menggondol pingat emas _________ sukan tersebut telah berlepas ke Arab Saudi.
dalam
di dalam
Abang sulung saya akan _________ ayah surat daripada ibu yang kini berada di Amerika Syarikat.
membaca
membacakan
Pelancong yang mula tiba dengan Penerbangan Malaysia pagi tadi itu ________ negara China.
daripada
dari
Kakak sulung saya yang berkerja ____ Australia bertemu jodoh juga dengan pemuda sekampung.
ke
di
Pesakit _______ beransur baik itu pegawai kanan sebuah syarikat perniagaan telekomunikasi.
yang
bahawa
Cita-citanya sejak kecil lagi _____ menjadi pegawai tentera tetapi pegawai polis berpangkat sarjan.
bukan
tidak
Pengetua amat gembira __________ nama sekolah menjadi harum setelah pencapaian akademik muridnya sangat cemerlang.
oleh kerana
oleh sebab
