wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains T1 Bab 4 Pembiakan (Sistem Pembiakan Manusia)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Manusia membiak dengan cara pembiakan...

a)

seks

b)

aseks

c)

persenyawaan luar

d)

belahan dedua

2.

Tandakan struktur sistem pembiakan lelaki

a)

Skrotum

b)

Testis

c)

Zakar

d)

Uterus

3.

Apakah fungsi kelenjar prostat dalam sistem pembiakan lelaki?

a)

Merembeskan bendalir yang mengandungi nutrien untuk sperma

b)

Menghasilkan gamet jantan (sperma) dan hormon seks jantan

c)

Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan

d)

Menghasilkan cecair yang berkhasiat dan melindungi sel sperma

4.

Apakah fungsi vesikel semen dalam sistem pembiakan lelaki?

a)

Merembeskan bendalir yang mengandungi nutrien untuk sperma

b)

Menghasilkan gamet jantan (sperma) dan hormon seks jantan

c)

Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan

d)

Menghasilkan cecair yang berkhasiat dan melindungi sel sperma

5.

Tandakan struktur sistem pembiakan perempuan

a)

Uretra

b)

Ovari

c)

Faraj

d)

Uterus

6.

Apakah fungsi serviks dalam sistem pembiakan perempuan?

a)

Mengeluarkan mukus untuk memudahkan sperma berenang ke dalam uterus

b)

Menghasilkan gamet betina (ovum) dan hormon seks wanita

c)

Memindahkan sperma ke dalam faraj perempuan semasa persetubuhan

d)

Menerima sperma dan menjadi saluran bayi dilahirkan

7.

Apakah fungsi tiub falopio dalam sistem pembiakan perempuan?

a)

Mengeluarkan mukus untuk memudahkan sperma berenang ke dalam uterus

b)

Menghasilkan gamet betina (ovum) dan hormon seks wanita

c)

Tempat persenyawaan antara sperma dan ovum berlaku

d)

Menerima sperma dan menjadi saluran bayi dilahirkan

8.

Peringkat permulaan sistem pembiakan menjadi matang dan menghasilkan sel pembiakan dipanggil sebagai...

a)

Remaja

b)

Dewasa

c)

Akil Baligh

d)

Kanak-kanak

9.

Umur lelaki ketika mencapai akil baligh adalah lebih kurang 14-17 tahun. Antara perubahan-perubahan yang berlaku apabila seorang lelaki telah akil baligh ialah..

a)

Suara menjadi garau

b)

Misai dan janggut mula tumbuh

c)

Bulu tumbuh di muka, ketiak, dada dan kemaluan

d)

Peti suara (larinks) membesar

10.

Umur perempuan ketika mencapai akil baligh adalah lebih kurang 10-12 tahun. Antara perubahan-perubahan yang berlaku apabila seorang perempuan telah akil baligh ialah..

a)

Suara menjadi garau

b)

Buah dada membesar

c)

Bulu tumbuh di bahagian ketiak dan kemaluan

d)

Punggung mula padat dan lebar

11.

Sel yang paling kecil di dalam badan lelaki dipanggil

a)

sperma

b)

ovum

c)

epidermis

d)

neuron

12.

Sel yang terbesar di dalam badan perempuan dipanggil

a)

sperma

b)

ovum

c)

epidermis

d)

neuron

13.

Antara persamaan antara sperma dan ovum ialah...

a)

Mempunyai nukleus

b)

Membawa maklumat genetik

c)

Boleh bergerak

d)

Boleh hidup selama dua hari selepas dibebaskan

14.

Bilangan ovum yang dihasilkan biasanya hanya _______ setiap bulan bagi perempuan normal

a)

1

b)

2

c)

4

d)

60

15.

Sekiranya seseorang perempuan didapati mengalami kerosakan pada kedua-dua ovarinya, adakah wanita tersebut masih boleh hamil?

a)

Ya

b)

Tidak