Font size
WorksheetsTatabahasa (Sistem Bahasa) - Cikgu Hadiah
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
"Hidup __________ sungguh sunyi sejak kehilangan anak yang tersayang," kata wanita itu kepada wartawan yang menemu bualnya.
dia
kita
saya
mereka
Pasukan bahas sekolah kami menang _________ dalam pertandingan akhir peringkat negeri semalam.
tipis
nipis
kecil
sedikit
Zarina mengelap muka adiknya yang ____________ dengan sehelai sapu tangan selepas makan aiskrim.
buruk
hodoh
comot
cemar
"Bolehkah __________ berjumpa dengan ______________ sebentar untuk berbincang tentang majlis yang akan diadakan pada pagi esok?" tanya Laksamana kepada Bendahara.
hamba ... beta
patik ... tuanku
hamba ... tuan hamba
tuan hamba ... hamba
Sultan : Beta akan __________ untuk bertemu dengan rakyat jelata pagi esok.
Laksamana: Baiklah, tuanku.
menjunjung kasih
menjunjung titah
merafak sembah
mencemar duli
Ibu memasukkan ____________ ke dalam bantal yang sudah nipis itu.
bebola
kekabu
dedaun
bebawang
Ibu menyapu sedikit cecair pada luka di kaki adik akibat terjatuh di taman permainan.
antibodi
antiseptik
antirasuah
antijenayah
Puan Salbiah ____________ anak lelakinya yang asyik menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolahnya.
meleteri
meratapi
mencemuhi
mengingkari
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Puan Rosnah berasa __________ apabila diberitahu bahawa anaknya menerima anugerah Murid Cemerlang di sekolah.
jauh hati
ambil hati
besar hati
berat hati
"Rais, jangan bangkang kata-kata abang kamu," kata Puan Zaiton.
Pilih perkataan sinonim bagi bangkang.
bantah
lawan
kecoh
dengki
"Cikgu, Aizat memberitahu bahawa __________ dia tidak dapat menghadiri kelas tambahan pada hari Sabtu ini," kata Zarul kepada Cikgu Zakariah.
dia
kita
beliau
mereka
Aina ingin menolak permintaan rakannya itu ____________ dia tidak mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian.
lalu
tetapi
kecuali
kerana
Semua makanan yang ditelannya terasa __________ kerana dia tidak sihat sejak beberapa hari yang lalu.
tengik
pahit
pedih
perit
"Izinkan __________ berjumpa dengan ___________ sultan sebentar di balairung," kata bendahara kepada pengawal istana.
beta ... patik
Patik ... tuanku
hamba ... baginda
tuan hamba ... baginda
Sultan: Perintahkan semua rombongan untuk ___________ seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Laksamana: Baiklah, tuanku.
beradu
bersiram
bersantap
beristirahat
Pak Samad menggunakan untuk mengukur sudut tepat meja yang dibuatnya.
jejari
kekisi
sesiku
kekuda
Kayu balak yang hanyut itu ____________ apabila dipukul ombak.
terliang-liuk
terolang-aling
terkontang-kanting
terpontang-panting
Pihak polis telah memberikan pingat ____________ kepada Azhari kerana telah membantu mereka menangkap perompak itu tempoh hari.
ketaatan
kepintaran
keberanian
kesungguhan
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
Murid lelaki yang ___________ itu telah dibawa menghadap guru disiplin kerana suka mencuri.
busuk hati
panjang akal
tangkai jering
panjang tangan
Batrisya tidak pernah berasa jelak untuk mengulang kaji pelajaran kerana dia ingin mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Pilih perkataan sinonim bagi jelak.
jemu
sabar
bosan
gelisah
