wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata ganda Tahun 5

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Murid lelaki itu ditahan oleh pengawas di pintu pagar sekolah kerana datang kesekolah dengan pakaian yang __________.

a)

serbah-serbih

b)

gopoh-gapah

c)

remeh-temeh

d)

compang-camping

2.

_________ komputer riba Mala rosak kerana terjatuh di atas lantai.

a)

Kekisi

b)

Tetikus

c)

Jejentik

d)

Lelabah

3.

Nek Jah memasukkan __________ ketika menyediakan hidangan tradisional untuk keluarganya.

a)

kayu-kayan

b)

rempah-ratus

c)

sayur-mayur

d)

rumput-rampai

4.

Senyuman yang _____ pasti menyenangkan sesiapa sahaja.

a)

berseri-seri

b)

bersinar-sinar

c)

berpinar-pinar

d)

bersilau-silau

5.

Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ________ telinga datuk mengalami masalah.

a)

gegendang

b)

telunjuk

c)

keruping

d)

lelangit

6.

Rambut pengemis di tepi jalan itu ________ kerana sudah beberapa hari tidak mandi.

a)

lintang-pukang

b)

bolak-balik

c)

kusut-masai

d)

huru-hara

7.

Sebilangan masyarakat Orang Asli di negara kita masih mengamalkan cara hidup _______ di hutan belantara.

a)

berpindah-randah

b)

berkeluh-kesah

c)

berganjak-ganjak

d)

berubah-ubah

8.

Mastura menangis _________ apabila kucing peliharaannya mati dilangar motosikal.

a)

terhuyung-hayang

b)

terkial-kial

c)

tersedu-sedan

d)

terumbang-ambing

9.

Sementara menunggu keputusan peperiksaannya di dewan, Jasni _________ di lorong dewan tersebut.

a)

mundar-mandir

b)

hancur-luruh

c)

semak-samun

d)

susup-sasap

10.

Hasrat Haji Marzuki telah berjaya mengumpulkan _________ keturunannya dari jauh dan dekat dalam suatu majlis santai keluarga yang sungguh meriah.

a)

anak-beranak

b)

suku-sakat

c)

muda-mudi

d)

cucu-cicit