Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hadith: Yang Mudah Dikasihi, Yang Tua Dihormati (Tahun 3)

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Hadith tersebut menggalakkan kita untuk ....................

a)

menyanjung orang yang lebih kaya.

b)

mengasihi orang yang lebih muda.

c)

memuliakan orang yang lebih tua.

2.

.................... ialah semua perkara yang disandarkan kepada Nabi Muhammad (S.A.W) sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda.

a)

Al-Quran

b)

Hadith

c)

Ijma'

d)

Qiyas

3.

Kepentingan Hadith:

a)

Hadith sumber hukum yang kedua selepas Al-Quran.

b)

Hadith berfungsi untuk menjelaskan hukum secara terperinci.

c)

Hadith ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dengan perantaraan Malaikat Jibrail dan membaca adalah 'ibadah.

4.

Adab mengasihi orang muda:

a)

Berbicara dengan nada yang mesra.

b)

Mewujudkan hubungan baik dengan orang muda.

c)

Menasihati dengan kata-kata yang baik.

d)

Melihat mereka dengan penuh kebencian.

e)

Menunjuk contoh teladan yang baik.

5.

Adab menghormati orang tua:

a)

Memanggil dengan panggilan terhormat.

b)

Bersikap kasar dan keras.

c)

Meminta nasihat dan bimbingan.

d)

Taat kepada orang tua.

e)

Sopan santun dalam berbicara.

6.

Kesan mengasihi orang yang lebih muda:

a)

Disayangi dan dihormati.

b)

Keluarga hidup bahagia.

c)

Masyarakat hidup sengsara.

d)

Orang muda lebih sopan.

e)

Wujud kerjasama dalam semua urusan.

7.

Kesan menghormati orang yang lebih tua:

a)

Wujud kebencian antara yang muda dengan tua.

b)

Kehidupan lebih diberkati.

c)

Memperoleh ketenangan jiwa.

d)

Dikasihi Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

e)

Kehidupan masyarakat lebih harmoni.

8.

Kita dituntut untuk beramal dengan suruhan Nabi Muhammad S.A.W.

a)

Betul

b)

Salah

9.

Berkasih sayang tidak dapat membentuk masyarakat harmoni.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Kita hendaklah menghormati orang tua dan mengasihi orang muda agar kehidupan diberkati dan diredhai Allah.

a)

Betul

b)

Salah