Font size
WorksheetsSejarah Perang Dunia Kedua (Tingkatan 4 Topik 3)
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Berikut merupakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Kedua di Eropah, kecuali
Kemunculan ideologi baharu
Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles
Ancaman komunis di Eropah
Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
Terdapat dua ideologi baharu yang muncul di Eropah dan menjadi faktor Perang Dunia kedua tercetus. Pilihkan dua jawapan yang betul.
Kapitalisme
Fasisme
Nazisme
Marxisme
Komunis
Berikut merupakan cabaran-cabaran Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama kecuali
Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934)
Krisis Manchuria (1931-1934)
Perang Saudara China Pertama (1926-1937)
Krisis Habsyah (1935-1936)
Setelah Perang Dunia Kedua diisytiharkan, Jerman telah melancarkan X bagi menakluki negara di Eropah Barat. Pilihkan jawapan yang betul bagi X.
Serangan Blitzkrieg
Serangan Pearl Habour
Operasi D-Day
Operasi Barbarossa
Perang Dunia Kedua di Eropah dicetuskan oleh dua negara utama iaitu
Britian & Itali
Jerman & Itali
Perancis & Jerman
Itali & Rusia
Apakah faktor yang menyebabkan Perang Dunia Kedua di Eropah tamat? Pilihkan 2 jawapan yang betul.
Kejayaan Liga Bangsa-Bangsa
Keberkesanan strategi serangan
Kerjasama kuasa besar
Kejayaan Operasi Barbarossa
Dalam medan peperangan di Eropah, tentera Bersekutu (darat, udara & laut) beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai oleh negara...
Rusia
Perancis
Britian
Amerika Syarikat
Kenapa Jerman gagal untuk menawan Rusia dan terpaksa menyerah kalah kepada tentera Rusia pada tahun 1943?
Kematian Hitler & Musim sejuk di Rusia
Musim sejuk di Rusia & Kehabisan minyak, peluru dan makanan
Kehabisan minyak, peluru dan makanan & Kematian Hitler
Musim sejuk di Rusia & Kuasa Paksi gagal
Kejayaan dalam perang di Eropah membolehkan tentera Bersekutu memberikan perhatian kepada peperangan di Asia Pasifik. Apakah tujuan tentera Bersekutu berbuat demikian?
Untuk membanteras ancaman komunis di Asia
Untuk menghentikan Perang Saudara di China
Untuk menjaga keamanan tanah jajahan kuasa Eropah di Asia
Untuk menyekat kemaraan tentera Jepun
Dasar perluasan Jepun di Asia disebabkan oleh keperluan perindustrian, Orde Baharu Asia dan…
Pengaruh golongan tentera
Perjanjian Pakatan Tiga Negara
Fahaman komunis
Penolakan Imperialisme
X ialah tindakan menghentikan perdagangan serta membekukan semua harta milik Jepun di wilayah yang dikuasai oleh British, Amerika Syarikat dan Belanda. Pilihkan jawapan yang betul bagi X.
Sekatan perdagangan
Sekatan perniagaan
Sekatan ketenteraan
Sekatan ekonomi
Sebelum Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik, kawasan mana yang telah dijajah oleh Jepun?
Tanah Melayu, China & Manchuria
Korea, China & Manchuria
Tanah Melayu, Korea & Manchuria
Manchuria, Tanah Melayu & Hong Kong
Apakah tujuan tentera Jepun menyerang Pearl Habour?
Mengistiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.
Untuk menduduki Amerika Syarikat.
Melumpuhkan armada laut Amerika Syarikat di Asia Pasifik.
Untuk mempamerkan kehebatan tentera udara Jepun.
Namakan tapak yang menjadi pendaratan tentera Jepun bagi pelan untuk menduduki Tanah Melayu pada 8 Disember 1941.
Singgora, Patani & Kelantan
Singgora, Kelantan & Sibu
Patani, Kelantan & Pulau Langkawi
Singgora, Kelantan & Jitra
Berikut merupakan kesan buruk peperangan kecuali...
Pengorbanan nyawa manusia
Kemusnahan harta benda
Kesengsaraan hidup manusia
Kehilangan peluang pekerjaan
