Font size
WorksheetsT4 Pelajaran 11: Perkara yang Membatalkan Iman KBSM
Total questions: 24
Worksheet time: 12mins
Manakah di antara berikut adalah akibat perbuatan syirik kepada individu?
Mengurangkan iman
Hidup tidak tenteram
Membatalkan akidah
Memutuskan silaturrahim
Di antara contoh syirik jali ialah
riak
tidak mengakui balasan di akhirat
menyembah bulan, bintang atau matahari
membuang ancak bagi menghalau hantu
Orang yang mengamalkan perbuatan syirik dinamakan
kafir
murtad
musyrik
munafik
Syirik khafi ialah syirik yang dilakukan
secara terbuka
secara sembunyi
secara bertafakur
secara terang-terangan
“Mengingkari Allah S.W.T sebagai pemberi rezeki kepada manusia dan makhluk ciptaanNya.”
Pernyataan di atas adalah merujuk kepada maksud
kufur hakikat
kufur nikmat
kufur syariat
kufur akhlak
Di antara contoh kufur hakikat ialah
tidak mengakui balasan akhirat
menunjuk-nunjuk kehebatan diri
enggan mengeluar zakat dan sedekah
menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran
“A” seorang muslim tetapi sering mempertikai dan menolak hukum-hukum yang terdapat dalam al-Quran.
Perbuatan “A” boleh menyebabkan
kufur hakikat
kufur nikmat
khurafat
munafik
Faktor yang menyebabkan berlakunya kekufuran ialah
dipaksa oleh seseorang
suka melakukan maksiat
derhaka kepada ibubapa
terpengaruh dengan hawa nafsu
“Mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam”
Pernyataan di atas boleh membawa seseorang menjadi murtad dengan cara
iktikad
amalan
perbuatan
perkataan
Berikut adalah cara menangani orang yang murtad kecuali
dibuang daerah
dikenakan hukuman bunuh
memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
Di antara hikmah hukuman bunuh kepada orang murtad ialah
menghalang perbuatan merendah dan memburukkan agama Islam
memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermainkan
mencegah daripada sifat mementingkan diri sendiri
menjatuhkan maruah diri dan keluarga
Manakah antara berikut adalah kesan perbuatan riddah?
Hubungan suami isteri terpisah
Kekal sebagai penghuni neraka
Berhak mewarisi harta pusaka warisnya
Harus dikebumikan di tanah perkuburan Islam
Contoh amalan khurafat ialah
menyembah bulan atau matahari
membuang ancak bagi menghalau hantu
menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran
meminta bantuan daripada syaitan atau makhluk halus
Seseorang yang mempercayai dan mengamalkan perkara-perkara khurafat akan menyebabkan
menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
mengukuhkan perpaduan masyarakat
melindungi diri daripada segala bala
menyebabkan syirik dan batal iman
[ x ]-----> [Kepercayaan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan ianya bertentangan syariat Islam]
“X” adalah merujuk kepada maksud
sihir
nifak
syirik
khurafat
Berikut adalah kesan amalan sihir kepada masyarakat kecuali
menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
memecahbelahkan masyarakat
menimbulkan pergaduhan
mendatangkan fitnah
Cara mengatasi khurafat dalam masyarakat ialah
menjauhkan diri dari pengamal khurafat
menangkap orang yang mengamalkan khurafat
menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu
mengasingkan orang yang mengamalkan khurafat di suatu tempat
Mengapakah amalan sihir boleh membatalkan iman?
Memecahbelahkan masyarakat
Menafikan kekuasaan Allah S.W.T
Meminta pertolongan daripada kuasa ghaib atau syaitan
Mendatangkan penyakit fizikal atau mental kepada mangsanya
Manakah di antara berikut bukan tujuan menjauhkan diri daripada amalan sihir?
Supaya mendapat perlindungan daripada makhluk ghaib
Terpelihara daripada permusuhan dan persengketaan
Supaya akidah seseorang terpelihara
Supaya hidup dalam keadaan aman
____________ ialah salah satu cara menjauhkan diri daripada terkena sihir.
Beristiqamah
Bermunajat
Bertafakur
Berdoa
Berikut adalah sifat-sifat orang munafik kecuali
tidak bercakap benar
tidak memungkiri janji
tidak suka berbaik-baik
tidak menunaikan amanah
Orang yang mengamalkan perbuatan nifak dinamakan
kafir
fasik
murtad
munafik
Antara berikut adalah langkah-langkah mengawal diri daripada bersifat nifak.
Mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat
Menjauhkan diri daripada pengamal ajaran sesat
Bercakap benar apabila berbicara
Menunaikan janji
Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah S.W.T.
Pernyataan di atas merujuk kepada maksud
nifak
kufur
syirik
riddah
