WorksheetsKuiz BM
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Mira berasa tidak selesa tinggal dengan kawannya di bilik yang_______ itu.
pendek
rendah
sempit
Buku itu _________tetapi mahal harganya.
lebar
dalam
nipis
Perjalanan ke tempat itu memakan masa tiga hari kerana jaraknya amat________.
jauh
hampir
panjang
Natasha kelihatan _______sejak akhir-akhir ini akibat diserang demam panas dua minggu yang lalu.
kurus
gemuk
besar
Cuaca malam ini __________ kerana petang tadi hujan turun dengan lebatnya.
sejuk
panas
nyaman
Amirul berjalan dengan __________ kerana dia hendak cepat sampai di rumahnya.
tertib
gopoh
pantas
Micheal Lim mengalirkan air mata kerana terlalu __________ mendengar berita tentang kemalangan itu.
sedih
hairan
gembira
Kami memakai pakaian yang ______ketika berada di Tanah Tinggi Cameron.
nipis
tebal
pendek
Penyanyi yang mempunyai suara ___________itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.
merdu
nyaring
serak
Samad menjolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah yang ________.
tinggi
besar
panjang
Balai polis di kawasan perumahan saya terletak tidak ____________ dari balai bomba.
jauh
dekat
hampir
Rasa peria itu __________ seperti hempedu.
manis
masam
pahit
Kerja yang dilakukan secara ___________ tidak akan sempurna jadinya.
gopoh
cepat
cermat
Rasa buah limau itu ___________ seperti cuka.
masin
manis
masam
Air kopi itu terasa___kerana belum dibubuh gula.
kelat
manis
pahit
Telefon bimbit itu berbunyi sungguh______sehingga mengganggu tumpuan kami.
gemersik
merdu
nyaring
Lantai itu ______kerana baru dicuci.
licin
kasar
lembut
Mereka amat ________akan kampung halaman.
rindu
marah
cemas
Dia berdiri _______ dengan kereta saya.
hampir
jauh
pendek
Arus sungai itu sangat _______.
cepat
deras
gopoh
Ayah memandu kereta agak________semasa hujan lebat
deras
perlahan
ligat
Ibu meminta kakak menyimpan manik-manik yang amat________di dalam bekas.
kecil
pendek
tebal
Chun Han_________kerana mendapat baju hujan yang baharu.
kecewa
gembira
cemas
Encik Ali _______ akan pelajaran anaknya.
ambil angin
ambil berat
besar hati
Pak Ali selalu berpesan kepada anaknya supaya berwaspada ketika menunggang motosikal di jalan raya kerana________________________.
malang tidak berbau
bagai aur dengan tebing
bagai isi dengan kuku
