NEW
Font size
WorksheetsPEMAHAMAN TAHUN 6 OLEH CIKGU MARINI
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Tukang masak itu menumis _______ di dalam kuali untuk memasak gulai kambing yang dipesan oleh pelanggannya.
lauk-pauk
rumput-rampai
kayu-kayan
rempah-ratus
Orang ramai _______ pergi ke stadium itu untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak peringkat negeri Selangor.
berduyun-duyun
berganding-gandingan
beriring-iringan
bersesak-sesak
Cikgu Zaihan meletakkan _______ di dalam bilik itu untuk membezakan ruang rehat dengan ruang bacaan.
sesekat
sesiku
kekisi
kekuda
Badan Anis berasa _______ selepas mandi air hujan yang sejuk itu.
keras-keras
bengkak-bengkil
segar-bugar
keluh-kesah
Beberapa orang wartawan _______ bertanyakan soalan yang berbentuk peribadi kepada penyanyi itu.
teresak-esak
tergaru-garu
temangu-mangu
bertalu-talu
Mak Siti dapat menjalankan _______ sebagai ketua wanita dengan baiknya.
budi pekerti
tanggungjawab
kerja kursus
janji temu
Istana Seri Menanti merupakan antara _______ Negeri Sembilan yang terletak di Bandar Seri Menanti.
papan tanda
tanda tanya
reka bentuk
mercu tanda
Bahan daripada plastik _______ akan memudahkan kita untuk melihat barangan yang ada di dalamnya.
kalis air
lut sinar
telus udara
kedap udara
Pihak polis _______ terhadap keselamatan para peserta yang menyertai acara berbasikal di lebuh raya.
bertanggungjawab
berjaga sedia
mengenal pasti
menyoal siasat
"Encik boleh berjumpa dengan pihak _______ di sana untuk mendapatkan fail seminar ini," kata pegawai itu.
urus setia
kakitangan
suruhanjaya
jawatankuasa
Jalan raya di bandar raya Kuala Lumpur menjadi _______ apabila sambutan Hari Raya Aidilfitri.
senyap
lengang
suram
muram
Mata Arvind _______ kerana terkena air sabun semasa dia mandi pagi tadi.
panas
lemah
keras
pedih
Chen terpaksa membuang minyak masak itu kerana telah _______.
basi
hanyir
tengik
hamis
Abu _______ langkahnya kerana hujan renyai-renyai mulai turun.
memperelok
mempercepat
memperbanyak
memperderas
______ sungguh pemandangan Pulau Pinang dari puncak Bukit Bendera ini.
Nyaman
Indah
Segar
Panas
Mak Cik Zainab ________ beberapa ulas bawang putih dan sejemput ikan bilis di dalam lesung batu.
menumbuk
mengisar
menggelek
mengetuk
Cik Din ________ buah kelapa sawit dengan menggunakan sebatang galah yang agak panjang.
mencantas
mencangkuk
mengait
menepis
Pak Cik Man _______ pokok getah itu pada awal pagi setiap hari dengan bantuan anak lelakinya.
menakik
memotong
menoreh
menarah
Pelayan itu ________ sedulang air minuman yang telah dipesan oleh pelanggannya dengan berhati-hati sekali.
memegang
menatang
menggelek
mengepit
Ketua pasukan bola sepak itu _______ piala kemenangan mereka kerana berjaya mengalahkan pihak lawan dalam perlawanan peringkat akhir.
mengangkat
menjunjung
memikul
menjulang
