Font size
WorksheetsTEKNIK PLOT DALAM NOVEL HEMPASAN OMBAK by CIKGU HUSNA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Contoh: “Kita minum sikit, Rid,” tiba-tiba Mokhsin bersuara. “ Tetamu yang datang takkan dibiarkan kering tekaknya. Farid nak minum apa? Mokhsein seperti menawarkan.
“Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik Mokhsein. (hlm. 63)
Apakah teknik plot bagi ayat di atas?
teknik monolog
teknik dialog
teknik imbas muka
teknik imbas kembali
"Pengorbanan….. ." Farid separuh berbisik. (hal. 73)
Apakah teknik plot bagi ayat berikut?
teknik kejutan
teknik suspens
teknik monolog
teknik imbas kembali
Apakah maksud teknik imbas muka?
Ramalan peristiwa akan datang
Peristiwa yang dikenang semula
Manakah pernyataan yang berikut yang mewakili teknik saspens?
"Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu. (hal. 69)
Mengapakah di yang baru berusia 19 tahun yang harus mewarisi perniagaan ayahnya? sebuah syarikat kecil industri desa-batik yang malap dan hampir terlungku? ( hal.3)
Farid menarik nafas lega. kata Masri, lelaki itu cuba mencelupkan kepala Azmi dalam kawah lilin batik yang bergejolak. (hal.192)
Lotfi dapat merasakan betapa berkecainya hati adiknya menyaksikan kemusnahan bengkel batik modennya di depan matanya sendiri tetapi kebengisan api menyekat apa-apa usaha pun. (hal.184)
Pilih pernyataan yang benar.
teknik pemerian merupakan pengarang memerihalkan tentang sesuatu perkara secara terperinci.
teknik dialog merupakan perbualan watak lebih daripada seorang
teknik monolog terbahagi kepada dua iaitu monolog dan monolog dalaman
teknik kejutan ialah pertentangan antara dua pihak
Jalan Banggol pada pagi Sabtu itu mulai ramai pengunjung. sudah menjadi tradisi di Kuala Terengganu ini, Sabtulah hari tersibuk untuk orang membeli-belah. (hal.138)
Apakah teknik plot bagi ayat yang berikut?
teknik imbas kembali
teknik pemerian
teknik dialog
teknik kejutan
“Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!”
“ Hm…. Saya tak kata pun begitu. Bagi saya sama sahaja. Perniagaan saya pun tak besar mana. (hlm.8)
Siapakah yang terlibat dalam perbualan tersebut?
Tomsiah dan Farid
Zuraidah dan En. Mokhsein
Hartini Noor dan Farid
Zuraidah dan Farid
Farid bermonolog sendirian apabila memikirkan tanggungjawab bessar yang perlu digalas setelah dia dilantik untuk menerajui Syarikat Batik Nusantara yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Antara yang berikut, pilih teknik monolog yang sesuai dengan ayat di atas.
" aku berada di celah-celah buku hutang". Dia terdengar suara halus dari lubuk hatinya sendiri. (hal.4)
“Ikut tuan rumahlah.” Farid mulai tidak kekok melayani Encik Mokhsein. (hlm. 63)
Adalah syarikat lain dengki dekat kamu tu. (hal. 69)
Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun barulah jejaka itu membuka mulut. (hlm. 76)
Pilih ayat yang sama maksud dengan pernyataan di atas.
Zuraidah meninggalkan gerainya untuk membeli suluar untuk adik lelakinya yang berumur tiga tahun.
Jejaka tersebut membuka mulutnya setelah mendapati ibu Zuraidah telah meninggalkan gerai untuk mendapatkan seluar untuk adik lelaki Zuraidah yang berumur tiga tahun.
Pengarang menggambarkan aktiviti jual beli yang berlaku di kedai Zuraida.
Zuraidah keluar untuk membeli seluar untuk adiknya yang berumur tiga tahun.
Pilih dua contoh teknik pemerian yang terdapat dalam novel Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim.
“Eda dapat agaklah Farid tentu bosan dengar cerita Eda fasal berniaga kecil-kecilan. Berniaga di kaki lima!”
Suatu ketika, pengembaraan kita menguruskan perniagaan sebegini akan lebih acap. (hal. 145)
Selepas ibu tadi meninggalkan gerai setelah mendapatkan seluar untuk anak lelaki yang berumur tiga tahun barulah jejaka itu membuka mulut. (hlm. 76)
Farid cuba menutup telingan daripada mendengar desas-desus punca kematian ayahnya. (hlm.15)
