wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sumber semula jadi utama dan kerjasama ekonomi di dunia

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, negara manakah TIDAK dapat dikaitkan dengan perlombongan arang batu yang utama di dunia?

a)

India

b)

Rusia

c)

Arab Saudi

d)

Amerika Syarikat

2.

Negara manakah merupakan pengeluar utama petroleum di dunia?

a)

India

b)

Jepun

c)

Malaysia

d)

Arab Saudi

3.

Antara berikut, yang manakah sumber tenaga alternatif di dunia?

a)

Suria

b)

Gas asli

c)

Biomas

d)

Biodiesel

4.

Maklumat berikut merupakan sumber tenaga semulajadi.


*Arang batu

*Gas asli


Apakah kesan penerokaan sumber tenaga tersebut secara berterusan tanpa kawalan dari segi ekonomi?

a)

Kenaikan harga komoditi

b)

Perebutan sumber tenaga

c)

Peningkatan kadar kemiskinan

d)

Kekurangan permintaan bahan mentah

5.

Bagaimanakah penerokaan sumber tenaga bahan bakar boleh menyebabkan krisis politik di dunia?

a)

Peningkatan harga komoditi

b)

Penggunaan teknologi moden

c)

Pelaburan syarikat gergasi minyak

d)

Peperangan untuk menguasai sumber

6.

Maklumat berikut adalah kesan penerokaan sumber semula jadi.


*Ketidakseimbangan ekosistem

*Sumber semula jadi berkurangan


Apakah langkah untuk mengatasi masalah kesan penerokaan sumber semula jadi tersebut?

a)

Mengadakan kerjasama ekonomi

b)

Mengurangkan harga komoditi

c)

Penerokaan tenaga alternatif

d)

Peningkatan taraf hidup

7.

Antara berikut, yang manakah BENAR tentang Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN)?

a)

Ditubuhkan pada tahun 1967

b)

Mempunyai 10 buah negara

c)

Kerjasama ekonomi sahaja

d)

Kerjasama dua hala

8.

Maklumat berikut adalah kerjasama ekonomi antarabangsa.


*IMT-GT

*IMS-GT


Antara persamaan kerjasama ekonomi antarabangsa tersebut kepada negara yang terlibat adalah?

a)

Mewujudkan rundingan perdagangan

b)

Menggalakkan industri pelancongan

c)

Meningkatkan mutu pendidikan

d)

Mempromosi produk halal

9.

Apakah fungsi Pertubuhan Ekonomi Negara-negara Asia Pasifik (APEC) kepada negara anggotanya?

a)

Menggalakkan perdagangan bebas

b)

Mengendalikan perdagangan global

c)

Mewujudkan rundingan perdagangan

d)

Menggalakkan perniagaan dengan negara EU

10.

Mengapakah Malaysia membawa masuk pekerja asing melalui kerjasama ekonomi antarabangsa?

a)

Peluang pekerjaan di sektor perkilangan

b)

Peningkatan eksport dan import barangan

c)

Mewujudkan rundingan perdagangan bebas

d)

Menampung keperluan buruh di sektor perladangan

11.

Antara berikut, yang manakah kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa kepada pembangunan negara?

a)

Peningkatan pelabur asing

b)

Meningkatkan harga komoditi

c)

Perpindahan kepakaran buruh

d)

Memperluas pasaran barangan

12.

Bagaimanakah pemindahan teknologi memberi manfaat kepada negara membangun?

a)

Memperluas pasaran eksport barangan

b)

Mewujudkan pengecualian tarif barangan

c)

Meningkatkan kemahiran buruh tempatan

d)

Menampung keperluan buruh di sektor perkilangan

13.

Antara berikut, yang manakah sumber tenaga bahan bakar utama di dunia?

a)

Biomas

b)

Geoterma

c)

Petroleum

d)

Arang batu

14.

Kombinasi manakah BENAR tentang tenaga alternatif dan negaranya?

a)

Tenaga geoterma-Iceland

b)

Tenaga ombak-India

c)

Tenaga air-Belanda

d)

Tenaga suria-China

15.

Antara berikut, manakah yang dapat dikaitkan dengan pemindahan teknologi dalam maklumat berikut?


*Syarikat di Malaysia mengedar produk keluaran syarikat asing*

a)

Pembelian ekuiti

b)

Perjanjian perlesenan

c)

Peraturan paten dan cap dagang

d)

Pembelian terus barangan modal