wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA BERENTAK

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang banyak _________ itu.

a)

simpang -siur

b)

kacau-bilau

c)

batu-batan

d)

haru-hiru

2.

Kaki Hanania _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

a)

punah-ranah

b)

robak-rabik

c)

lekuk-kekak

d)

calar-balar

3.

Badan Zahir terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.

a)

tawar-hambar

b)

kusut-masai

c)

comot-momot

d)

segar-bugar

4.

Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik ________ di kawasan air terjun.

a)

mandi-manda

b)

riuh-rendah

c)

mundar-mandir

d)

kacau-bilau

5.

Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.

a)

tunggang-langgang

b)

riuh-rendah

c)

punah-ranah

d)

calar-balar

6.

Hati Qaseh _______ apabila mendapati telefon bimbitnya hilang.

a)

compang-camping

b)

remuk-rendam

c)

porak-peranda

d)

kusut-masai

7.

_______ yang terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.

a)

Rempah-ratus

b)

Batu-batan

c)

Saki-baki

d)

Lauk-pauk

8.

Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.

a)

gotong-royong

b)

riuh-rendah

c)

lintang-pukang

d)

hiruk-pikuk

9.

Puan Maria memerhati dua orang anaknya yang sedang bermain ________.

a)

jongkang-jongket

b)

riuh-rendah

c)

tanah-tanih

d)

sorak-sorai

10.

Sesiapa yang dapat berjaya menjawab soalan ________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu Shaiful.

a)

lekak-lekuk

b)

selang-seli

c)

kotak-katik

d)

teka-teki

11.

Cikgu Nadia menegur pakaian Alia yang ________.

a)

lintang-pukang

b)

punah-ranah

c)

serbah-serbih

d)

kusut-masai

12.

Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit akan mengalami ________.

a)

kusut-masai

b)

huru-hara

c)

calar-balar

d)

cirit-birit

13.

Pendatang tanpa izin itu menyamar sebagai pengemis dengan pakaian _________.

a)

kusut-masai

b)

compang-camping

c)

tunggang-langgang

d)

warna-warni

14.

Walaupun usahawan itu _______ namun dia tidak sombong.

a)

kelam-kabut

b)

kaya-raya

c)

kucar-kacir

d)

hina-dina

15.

Encik Razif memotong _________ yang panjang di belakang rumahnya.

a)

rumput-rumpai

b)

batu-batan

c)

sayur-mayur

d)

tali-temali

16.

______bunyi mercun semasa sambutan Tahun Baru jelas kedengaran dari rumah saya.

a)

Degap-degup

b)

Detik-detak

c)

Dentam-dentum

d)

Desas-desus

17.

Puan Amani ______ dari rumahnya ke tempat kerja sejauh 25 kilometer pada setiap hari.

a)

umbang-ambing

b)

lenggak-lenggok

c)

ulang-alik

d)

huru-hara

18.

Bunyi ______ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah membuat ibu terkejut.

a)

degap-degup

b)

riuh-rendah

c)

kelentang-kelentung

d)

dentam-dentum

19.

Kolam ikan itu dihiasi dengan ______ yang cantik dan unik.

a)

tanah-tanih

b)

bukit-bukau

c)

gunung -ganang

d)

batu-batan

20.

Dalam keadaan _________, Zulkarnain terlupa untuk memakai stoking semasa ke sekolah.

a)

sorak-sorai

b)

kacau-bilau

c)

kelam-kabut

d)

riuh -rendah