Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KITAR HAID

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Berapa lamakah kitar haid bagi seorang perempuan?

a)

kira-kira 7 hari

b)

kira-kira 15 hari

c)

kira-kira 28 hari

d)

kira - kira 30 hari

2.

Antara berikut fasa yang manakah adalah betul?

a)

Hari 1 - 5 : Fasa haid

b)

Hari 6 - 11 : Fasa prahaid

c)

Hari 12 - 17 : Fasa pemulihan

d)

Hari 18 - 28 : Fasa subur

3.

Apakah yang berlaku pada hari ke-14 semasa fasa subur?

a)

Persenyawaan

b)

Pengovulan

c)

Haid

d)

Penempelan

4.

"Dinding uterus mula dibina semula dan menebal"


Pada fasa apakah keadaan ini berlaku?

a)

Fasa haid

b)

Fasa pemulihan

c)

Fasa subur

d)

Fasa prahaid

5.

"Ovum dibebaskan dari ovari pada hari ke-14 (pengovulan)"


Pada fasa apakah keadaan ini berlaku?

a)

Fasa haid

b)

Fasa pemulihan

c)

Fasa subur

d)

Fasa prahaid

6.

"Dinding uterus terus menebal. Jika ada persenyawaan, embrio menempel di dinding uterus. Jika tiada persenyawaan, kitar haid berulang semula"


Pada fasa apakah keadaan ini berlaku?

a)

Fasa haid

b)

Fasa pemulihan

c)

Fasa subur

d)

Fasa prahaid

7.

"Lapisan dinding uterus, salur darah dan ovum yang tidak disenyawa terluluh dan disingkirkan"


Pada fasa apakah keadaan ini berlaku?

a)

Fasa haid

b)

Fasa pemulihan

c)

Fasa subur

d)

Fasa prahaid

8.

Haid ialah ______________ lapisan dinding uterus dan darah yang mengalir melalui faraj.

a)

Peluluhan

b)

Pembinaan

9.

Pada hari ke berapakah pengovulan berlaku?

a)

Hari ke-5

b)

Hari ke-7

c)

Hari ke-14

d)

Hari ke-28

10.

Kitar haid yang tidak stabil boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan wanita.


Antara berikut yang manakah bukan kesan kitar haid yang tidak stabil ?

a)

Kemandulan

b)

kesukaran merancang keluarga

c)

Mudah mengira waktu subur

d)

Masalah kesihatan seperti anemia

11.

Antara berikut yang manakah bukan cara penjagaan kebersihan diri semasa haid?

a)

menukar tuala wanita 3-4 hari sekali untuk elak jangkitan saluran kencing

b)

mandi dengan kerap untuk membersihkan tubuh badan

c)

tidak boleh membasuh rambut

12.

Mengapakah dinding uterus terus menebal dan kaya dengan salur darah pada fasa prahaid ?

a)

untuk menghalang ovulasi berlaku

b)

Untuk membenarkan sperma dengan mudah ke tiub falopio

c)

Untuk bersedia menerima penempelan embrio jika persenyawaan berlaku

13.

Pada fasa apakah jika berlaku persenyawaan, seseorang perempuan boleh hamil?

a)

Fasa haid

b)

Fasa pemulihan

c)

Fasa subur

d)

Fasa prahaid

14.

Fasa apakah yang diwakili oleh nombor 1 dan 4?

a)

1: Fasa subur , 4: Fasa haid

b)

1: Fasa haid, 4: Fasa subur

c)

1: Fasa haid , 4: Fasa Prahaid

d)

1: Fasa prahaid, 4: Fasa haid

15.

Sekiranya seorang perempuan mengalami haid pada 15 April, bilakah dia akan mengalami haid semula?

a)

28 April

b)

13 mei

c)

15 Mei

d)

20 Mei