wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu PT3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

a)

hartawan

b)

dermawan

c)

bangsawan

d)

sukarelawan

2.

Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak_______ tikus.

a)

digerit

b)

digigit

c)

dikesip

d)

diketip

3.

Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu_______ ruang tamu_______ ruang dapur rumahnya.

a)

dari......ke

b)

dari.....kepada

c)

daripada.....ke

d)

daripada.....kepada

4.

Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh setengah-setengah generasi pada masa ini.

a)

ketimuran

b)

setengah-setengah

c)

pada

d)

Tiada kesalahan

5.

Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.

a)

pelbagai

b)

awet

c)

supaya

d)

Tiada kesalahan

6.

I Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.

II Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

IV Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

7.

I Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasmi.

II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.

III Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.

IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

8.

Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit tuduhan jenayah kolar putih.

a)

sungguh percaya benar

b)

teramat percaya benar

c)

sangat percaya benar

d)

percaya benar

9.

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

a)

anugerahkan atlet paralimpik

b)

menganugerah atlet paralimpik

c)

menganugerahi atlet paralimpik

d)

menganugerahkan atlet paralimpik

10.

Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

a)

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa

b)

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak

c)

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

d)

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan

11.

Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dpat dikekalkan.

a)

Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara

b)

Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tabah air.

c)

Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan

d)

Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan

12.

I Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Smad Said telah dibaca oleh saya.

II Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.

III Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.

IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

13.

I Encik Ayob gembira apabila anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya.

II "Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyempurnakan upacara ini," kata pengacara majlis.

III Pelajar saling bertukar pendapat berkaitan isu yang diberi oleh guru.

IV Jalan raya di Malaysia adalah antara yang paling baik rantau Asia.

a)

I dan II

b)

III dan IV

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

14.

Ali benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

ada hati

b)

bulat hati

c)

besar hati

d)

berat hati

15.

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajaranya.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

a)

melepaskan batuk di tangga

b)

mencurah air ke daun keladi

c)

alang-alang berdakwat biar hitam

d)

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

16.

Beberapa buah kereta telah ____ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.

a)

dihempap

b)

dihempas

c)

ditindih

d)

dihimpit

17.

Beliau mendapat________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

a)

hadiah

b)

sumbangan

c)

cendermata

d)

anugerah

18.

Gambar-gambar itu disiarkan dengan_______ Jabatan Penerangan.

a)

ehsan

b)

ihsan

c)

insan

d)

perkenan

19.

Rakyat negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekali gus memupuk perpaduan nasional.

a)

bersama-sama

b)

di antara

c)

sekali gus

d)

Tiada kesalahan

20.

Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunug Stong walaupun menghadapi berbagai rintangan.

a)

pendakian

b)

walaupun

c)

berbagai

d)

Tiada kesalahan