NEW
Font size
WorksheetsKUIZ BM TING 2
Total questions: 10
Worksheet time: 50mins
Pilih ayat yang mempunyai kesalahan bahasa.
Dayang istana mempersilakan baginda menyantap hidangan yang telah disediakan.
Penggunaan tukun-tukun tiruan di perairan Pulau Pinang telah meningkatkan hasil tangkapan nelayan di negeri itu.
Farihah berasa gayat semasa meniti jambatan gantung yang merentangi sungai yang berarus deras itu.
Pelayan restoran membimbit sedulang hidangan yang dipesan oleh pelanggan yang duduk di sudut restoran itu.
Pilih ayat yang mempunyai kesalahan bahasa.
Gunung Mulu di Sarawak dihuni oleh berjuta-juta ekor kelawar dan burung layang-layang.
Humaizah menerima pelantikan sebagai Ketua Pengawas Sekolah dengan perasaan gembira.
“Haziq, Cikgu Boslim hendak berjumpa dengan kamu. Mereka menunggu kamu di bilik guru,” kata Alif kepada Haziq.
Kejadian tembak-menembak yang berlaku siang tadi membuatkan penduduk di kawasan itu berasa risau.
Pilih ayat yang mempunyai kesalahan bahasa.
Setelah lama tidak datang, akhirnya Fadzuwal timbul di dalam kelas.
Petani itu naik darah apabila dilihatnya sekawan burung memakan padinya yang hampir masak.
“Segala wasiat arwah ayah akan saya tunaikan,” kata Fauzi kepada ibunya.
Kami tidak dapat meramal kesudahan cerita tersebut.
Pilih ayat yang mempunyai kesalahan bahasa.
Kawasan lapang itu akan dijadikan taman perumahan.
Penglihatan Pak Husin masih jelas walaupun beliau sudah tua.
Bekerja di syarikat tersebut menjanjikan pendapatan yang lumayan.
Para pendayung-pendayung itu terpaksa menongkah arus sebelum sampai ke Jeram Batu.
Pilih ayat yang mengandungi kesalahan ejaan.
Murid-murid mestilah menghindari perbuatan yang melanggar undang-undang sekolah.
Encik Safuan bergegas ke stesyen kereta api untuk menyambut kepulangan anaknya, Hazim.
Kak Rahimah berasa sangsi akan kejujuran teman lelakinya.
Nenek memberikan hampas kelapa kepada ayam-ayamnya di reban itu.
Pilih ayat yang mengandungi kesalahan ejaan.
Kita perlu melaporkan kejadian ini kepada pihak polis.
Rosli mendengar kisah penjajahan Jepun daripada datuknya dengan mulut yang terlopong.
Puan Zaitun memangku anaknya sambil menuntun televisyen.
Rumah Pak Cik Murad diserikan dengan hiasan barang-barang antik.
Pilih ayat yang mengandungi kesalahan ejaan.
Hidup Puan Azizah anak-beranak sentiasa murung sejak kematian suaminya.
Hanya pemikiran yang tajam dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Ibu menyuruh adik menelan ubat yang pahit itu.
Mak andam sedang menyulek muka pengantin itu.
Pilih ayat yang mengandungi kesalahan ejaan.
Surat itu terselit di celah pintu pagar rumahnya.
Cikgu Mahizer bersikap adil kepada semua muridnya.
Ikan itu timbol di permukaan air untuk menyedut udara.
Fikirannya kusut memikirkan masalah kewangan yang semakin meruncing.
Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat yang diberikan.
Puan Rogayah memelihara anak tunggalnya itu dengan penuh kasih sayang.
Bagai isi dengan kuku
Bagai murai tercabut ekor
Bagai hujan jatuh ke pasir
Bagai menatang minyak yang penuh
Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat yang diberikan.
Nasihat Puan Zaitul kepada anaknya sia-sia kerana anaknya masih tidak mahu berubah sikap.
Nasi sudah menjadi bubur
Orang buta diberi bersuluh
Bagai ulat melupakan daun
Bagai mencurahkan air ke daun keladi
