Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BM TING 3 IS

Total questions: 10

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat yang mempunyai kesalahan bahasa.

a)

Ranjau Sepanjang Jalan ialah sebuah novel karya Shahnon Ahmad.

b)

Puan Roslin menyediakan secawan susu untuk anaknya sebelum tidur.

c)

Pertandingan badminton Piala Thomas pada tahun 2018 diadakan di Bangkok, Thailand.

d)

Soalan-soalan matematik itu Sabri jawab dengan mudah tanpa menggunakan kalkulator.

2.

Pilih ayat yang mempunyai kesalahan bahasa.

a)

Datin Romizah dan rakannya ke Pusat Dagangan Dunia Putra untuk menyaksikan pameran lukisan.

b)

Puan Saleha menaruh harapan yang tinggi agar anaknya berjaya dalam pelajaran.

c)

Lelaki tua itu amat penduduk kampung senangi kerana dia seorang yang peramah dan budiman.

d)

Allahyarham P. Ramlee merupakan seniman yang menjadi pujaan ramai.

3.

Pilih ayat yang mempunyai kesalahan bahasa.

a)

Penari itu sedang menari dengan rancak di atas pentas.

b)

Ayah terus ke masjid sebaik-baik sahaja mendengar azan.

c)

Zahida membeli ibunya barang-barang dapur di Pasar Raya Jimat.

d)

Haslita berjanji akan belajar dengan bersungguh-sungguh agar lulus dalam peperiksaan.

4.

Pilih ayat yang mempunyai kesalahan bahasa.

a)

Cikgu Rahilah bersalaman dengan semua murid-muridnya pada hari terakhir beliau di sekolah itu.

b)

Mereka berkenalan sewaktu sama-sama menghadiri majlis perkahwinan abang Zakuan.

c)

Mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesalah itu berdasarkan bukti yang kukuh.

d)

Sekiranya kami bersalah, ampunilah kesalahan kami.

5.

Pilih ayat yang mempunyai kesalahan ejaan.

a)

Semangat kerjasama antara ahli amat penting untuk memastikan kejayaan sesebuah kumpulan.

b)

Ayah membeli tiket kapal terbang untuk ke Tokyo atas urusan perniagaan.

c)

Pembinaan lebuhraya dapat memendekkan masa perjalanan kita.

d)

Encik Hamizan dikejarkan ke hospital kerana diserang sakit jantung.

6.

Pilih ayat yang mempunyai kesalahan ejaan.

a)

Ayah menyuruh abang memilih baju yang disukainya.

b)

Kakak meminta adik membantunya membasoh pinggan di dapur.

c)

Azizul mempelawa Josiah datang ke rumahnya pada hari raya nanti.

d)

Haslidawati memuji kemerduan suara penyanyi pujaannya.

7.

Pilih ayat yang mempunyai kesalahan ejaan.

a)

Ayah terkejut apabila disergah oleh adik dari belakang pintu.

b)

Hakim menjatuhi penjenayah itu hukuman gantung sampai mati.

c)

Abang Fauzan menghadiahkan sebentuk cincin kepada isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

d)

“Para hadirin yang dihormati, sila bangun,” kata juru acara itu.

8.

Pilih ayat yang mempunyai kesalahan ejaan.

a)

Haizum memakai sebentuk cincin belian di jari manisnya.

b)

Encik Faris memerhatikan gadis itu kerana wajahnya seiras dengan isterinya.

c)

Pak Ali membawa serawan jala untuk menangkap ikan di sungai itu.

d)

Zaiful merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola sepak di sekolahnya.

9.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat yang diberikan. Mereka bersalaman dan bermaafan sempena hari raya.

a)

Indah khabar dari rupa

b)

Malu bertanya sesat jalan

c)

Malas berdayung perahu hanyut

d)

Bumi yang mana tidak ditimpa hujan

10.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan ayat yang diberikan.

Mak Kiah boleh berbangga kerana usahanya bercucuk tanam telah mengeluarkan hasil yang sungguh lumayan.

a)

Ringan tulang berat perut

b)

Kalah jadi abu, menang jadi arang

c)

Lembu punya susu sapi dapat nama

d)

Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis