wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perang Dunia Kedua (Eropah)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah tokoh yang berikut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?


Benito Mussolini - Itali

Adolf Hitler - Jerman

a)

Mengadakan referendum

b)

memulihkan sistem monarki

c)

mengukuhkan angkatan tentera

d)

membangunkan industri baharu

2.

Mengapakah tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah?


I Kegagalan Perjanjian Versailles

II Kemunculan ideologi baru

III Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

IV Kejayaan Liga Bangsa-Bangsa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan iV

3.

Apakah cabaran yang dihadapi oleh Liga Bangsa- Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?

a)

Jepun menakluki Manchuria

b)

Jerman mengehadkan anggota tenteranya

c)

Habsyah menyerang Itali

d)

Itali keluar daripada Liga Bangsa-bangsa

4.

Mengapakah serangan Blitzkrieg dimulakan oleh Jerman?

a)

Jerman ingin memasarkan barangan industri

b)

Menakluki negara di Eropah Barat

c)

Menakluki negara Itali

d)

Jerman menguasai keseluruhan Itali

5.

Perang Dunia Kedua telah meletus pada tahun 1939- 1945. Apakah punca utama tercetusnya perang tersebut?


I Perubahan politik yang berlaku di Eropah

II Kegagalan Perjanjian Versailles

III Semangat nasionalisme yang kuat

IV Pembentukan negara bangsa yang baru

a)

I dan II

b)

I dan Iv

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Jadual berikut menunjukkan pemimpin pernah berkuasa di Eropah.


Apakah tindakan mereka sehingga mencetus Perang Dunia Kedua?

a)

Menubuhkan tentera laut

b)

Menyatukan negara jajahan

c)

Menjalankan perluasan kuasa

d)

Mengukuhkan ideologi komunis

7.

Petikan berikut berkaitan dengan Perang Dunia Kedua.


" Pada 1 September 1939, Hitler (Jerman) mara ke sempadan Poland. Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang " - Sumber B.H Liddell Hart.

History Of The Second World War, Da Capo Press 1990


Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut?

a)

Menguji ketahanan tentera

b)

Merampas kembali wilayah

c)

Menyekat pengaruh komunis

d)

Mempertahankan keselamatan

8.

Antara berikut, yang manakah merupakan kesan daripada Perang Dunia Kedua?


I Peningkatan pengaruh geopolitik

II Negara Jerman mengalami kejatuhan

III Negara - negara Eropah berpecah - belah

IV Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

I dan III

d)

III dan IV

9.

Jawapan dibawah merupakan cabaran Liga Bangsa- Bangsa selepas Perang Dunia Pertama kecuali ....

a)

Krisis Manchuria (1931-1933)

b)

Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934)

c)

Serangan keatas Britain (September 1940)

d)

Krisis Habsyah (1935-1936)

10.

Bagaimanakah Perang Dunia Kedua berakhir dengan kemenangan kuasa Bersekutu di Eropah?


I Jerman gagal menguasai Rusia

II Wujud kerjasama kuasa besar

III Amerika Syarikat bekerjasama dengan Jerman

IV Kegagalan operasi pendaratan tentera bersekutu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Namakan negara asal tokoh berkenaan

a)

Perancis

b)

Jerman

c)

Rusia

d)

Austria

12.

Gambar berikut menunjukkan tiga tokoh kuasa besar dunia yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua. Manakah tokoh yang berasal dari Rusia

a)

Duduk di kiri

b)

Duduk di tengah

c)

Duduk di kanan

13.

Apakah ideologi baru yang diwujudkan oleh Adolf Hitler?

a)

Kapitalisme

b)

Nazisme

c)

fasisme

d)

Ekstremisme

14.

Negara manakah yang telah menjajah negara Habsyah (Ethiopia) setelah tamat perang dunia pertama?

a)

Itali

b)

Jerman

c)

Perancis

d)

Jepun

15.

Di dalam perang dunia Kedua, Kuasa Paksi dapat menguasai wilayah .....?

Tandakan 2 jawapan dibawah.

a)

Rusia

b)

Perancis

c)

Poland

d)

Turki