NEW
Font size
WorksheetsTatabahasa
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Jangan mudah terpedaya dengan ayat-ayat manis pemuda yang ______ itu.
lidah bercabang
curi tulang
curi tulang
mati kutu
Fatimah hanya ______ apabila dipuji oleh suami dan anak-anaknya.
putih mata
telinga nipis
senyum simpul
telinga kuali
Emak selalu menegur sikap abang yang ______ itu.
langkah kanan
berat tulang
rabun ayam
berat hati
Anita sangat ______ sehingga sanggup menganiaya ahli keluarga sendiri.
hisap darah
cakar ayam
suka hati
busuk hati
Kaki Ramli luka terkena serpihan paku akibat ber _______ semasa bermain di padang.
mulut tempayan
gigi hutan
kaki ayam
jejak bara
Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
comot-momot
kumat-kamit
simpang-siur
kusut-masai
Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
rempah-ratus
sayur-mayur
tanah-tanih
kuih-muih
Kami bersusah payah menyiapkan tugasan yang diberikan, tetapi Sazali yang tidak menyumbang apa-apa pula yang mendapat nama.
orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
lembu punya susu, sapi dapat nama
rambut sama hitam, hati lain-lain
ringan tulang berat perut
Izwan telah menolak tawaran bekerja di Kuala Lumpur kerana menunggu tawaran daripada sebuah syarikat di Johor.
Pepatah yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah
harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan
kais pagi makan pagi kais petang makan petang
carik-carik b ulu ayam akhirnya bercantum juga
Gunalan tiba-tiba berasa resah dan berpeluh-peluh apabila kami memperkatakan tentang kehilangan jam tangan Devi.
siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya
terapung sama hanyut, terendam sama basah
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
sekali air bah sekali pantai berubah
