WorksheetsKuiz Ibadah 3Musleh-Mandi Wajib
Total questions: 10
Worksheet time: 2mins
Mandi wajib sama saja dengan mandi harian kita.
Betul
Salah
Kita perlu melakukan mandi wajib pada hari Jumaat sahaja.
Betul
Salah
Maksud mandi wajib dari segi syarak adalah:
Menjirus air ke seluruh badan dengan dimulakan dari kaki dahulu.
Meratakan air ke seluruh badan dengan niat tertentu.
Sekiranya tiada air, adakah kita boleh bertayammum untuk menggantikan mandi wajib?
Boleh
Tidak Boleh
Alias telah bangun pagi untuk solat Subuh. Sebelum solat dia telah berniat untuk mandi wajib kerana terkeluar air mani, tetapi selepas mandi baru dia teringat bahawa dia telah mandi seperti biasa dan terlupa untuk meratakan air ke pelipat badan yang tersembunyi (seperti belakang telinga, celah ketiak dan siku serta belakang lutut).
Mandi wajib beliau______________.
Sah dan tidak perlu diulang semula.
Tidak sah dan perlu mandi wajib semula.
Siapakah yang telah mengajarkan kita cara untuk mandi wajib?
Malaikat
Rasulullah SAW
Ibu & Ayah
Berikut adalah amalan yang boleh dilakukan semasa dalam keadaan hadas besar KECUALI:
Zikir
Tahlil
Membaca Al-Quran
Tuan Yahya adalah seorang askar yang sedang bertugas menjaga perairan Malaysia dari serangan asing.
Semasa bertugas, beliau telah terkorban kerana ditembak oleh lanun.
Semua ahli keluarga merasa sedih kerana beliau terkorban, tetapi dalam masa yang sama gembira kerana beliau telah mati syahid semasa bertugas.
Pilih penyataan yang benar dari pilihan di bawah.
Jenazah Tuan Yahya boleh dibaling ke dalam laut dan tidak perlu dikuburkan.
Jenazah Tuan Yahya perlu dikuburkan apabila sampai di darat tetapi tidak perlu dimandikan.
Jenazah Tuan Yahya boleh dihanyutkan dalam sampan kecil di tengah lautan.
Berikut adalah sebab yang mewajibkan mandi wajib (atau juga dipanggil mandi hadas) KECUALI:
keluar darah haid
keluar air mani
keluar air mata
Umat Islam diwajibkan mandi untuk menyucikan diri kerana ________________ .
dapat melakukan ibadah dengan sempurna.
menyegarkan diri.
kita banyak air di Malaysia.
