wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Islam Ting 2 : Mengharap Keampunan Allah

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Dalam ayat 133 surah Al-Imran, Allah SWT menuntut hamba-Nya supaya segera memohon ______________ atas dosa yang dilakukan.

a)

keampunan

b)

mentaati

c)

disegerakan

d)

bertakwa

2.

Menyesal terhadap dosa yang dilakukan dan segera bertaubat kepada Allah SWT adalah sifat orang _____________.

a)

bertakwa

b)

berjanji

c)

keampunan

d)

mentaati

3.

Bertaubat bermaksud kembali _____________ Allah SWT setelah melakukan maksiat atau dosa.

a)

mentaati

b)

keampunan

c)

berjanji

d)

bertakwa

4.

Allah SWT _________________ akan memasukkan orang yang bertakwa ke dalam syurga-Nya yang lebarnya seluas semua langit dan bumi.

a)

berjanji

b)

bertakwa

c)

disegerakan

d)

keampunan

5.

Bertaubat daripada dosa adalah suatu tuntutan wajib yang perlu ______________.

a)

disegerakan

b)

bertakwa

c)

berjanji

d)

mentaati

6.

Taubat bermaksud _______________________________.

a)

berazam untuk menjadi orang yang bertakwa.

b)

kembali mentaati Allah setelah melakukan maksiat atau dosa.

c)

takut akan api neraka.

d)

menahan emosi marah.

7.

Allah menyediakan ____________ untuk orang yang bertakwa.

a)

rumah

b)

kemewahan

c)

syurga

d)

kehidupan

8.

Mengapakah Islam menuntut umatnya supaya segera bertaubat setelah melakukan dosa?

a)

Kerana tidak mengetahui bila ajal seseorang akan tiba.

b)

Menjaga persaudaraan dan keutuhan hubungan sesama Muslim.

c)

Supaya mendapat rahmat Allah SWT.

d)

Supaya disayangi Allah SWT.

9.

Sifat memaafkan akan menjadikan seseorang lebih tenang kerana ________________.

a)

dapat merapatkan hubungan baik sesama insan.

b)

tiada lagi perasaan benci dan dendam dalam hati.

c)

mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

d)

dapat mengawal emosi.

10.

" Beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT "

Pernyataan di atas merupakan salah satu ___________.

a)

syarat taubat

b)

cara bertaubat

c)

kesan orang yang bertaubat

d)

ganjaran orang yang bertaubat

11.

Salah satu doa yang digalakkan umat Islam untuk diamalkan ketika bertaubat ialah _________________.

a)

doa Nabi Yusuf a.s.

b)

doa Nabi Adam a.s.

c)

doa Nabi Isa a.s.

d)

doa Nabi Musa a.s.

12.

Antara berikut yang manakah langkah seseorang itu perlu lakukan apabila dia telah melakukan dosa? Tandakan pada jawapan yang betul.

a)

Segera mengingati Allah dan memohon keampunan

b)

Berhenti daripada melakukan dosa tersebut

c)

Tidak mempedulikan dosa yang telah dilakukan

d)

Terus-menerus melakukan dosa yang sama

13.

Apakah ciri-ciri orang bertakwa?

a)

Ikhlas

b)

Membantu mereka yang memerlukan

c)

Menafkahkan harta

d)

Menahan kemarahan

14.

Harta dan nyawa ialah __________ daripada Allah SWT.

a)

rahmat

b)

syariat

c)

khalifah

d)

kemaslahatan

15.

Harta dan nyawa merupakan salah satu daripada ___________ Allah SWT yang perlu dijaga.

a)

syariat

b)

khalifah

c)

kemaslahatan

d)

rahmat

16.

Islam melarang umatnya untuk merosakkan diri sendiri dan orang lain agar ____________ hidup manusia terpelihara.

a)

kemaslahatan

b)

rahmat

c)

syariat

d)

khalifah

17.

Tandakan (/) pada pernyataan yang betul berkaitan sifat dakwah Rasulullah SAW.

a)

Bersikap lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan dan tindakan.

b)

Tidak memaafkan kesalahan orang lain yang dilakukan ke atas dirinya.

c)

Sentiasa bermesyuarat untuk membuat keputusan bersama para sahabat.

18.

Tandakan (/) pada pernyataan yang betul berkaitan sifat orang bertakwa.

a)

Sentiasa menginfakkan harta ke jalan Allah SWT.

b)

Gemar melakukan dosa kecil mahupun dosa besar.

c)

Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.

19.

Tandakan (/) pada pernyataan yang betul berkaitan perbuatan teguh dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.

a)

Sentiasa mengikut hawa nafsu dalam melakukan sesuatu perkara.

b)

Melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.

c)

Mementingkan diri sendiri dan bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

d)

Istiqamah melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam kehidupan seharian.