Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KEBOLEHJADIAN TAHUN 6

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud kebolehjadian?

a)

Kebenaran sesuatu peristiwa yang berlaku

b)

Sesuatu peristiwa yang sudah berlaku pada masa lepas

c)

Kemungkinan suatu peristiwa yang akan berlaku

d)

Sesuatu peristiwa yang berlaku mengikut rancangan

2.

Antara peristiwa yang berikut, yang manakah mungkin berlaku?

a)

Banjir berlaku di Malaysia

b)

Seminggu ada 8 hari

c)

Salji turun di Malaysia

d)

Seorang pelari dapat berlari lebih cepat daripada kuda

3.

Antara peristiwa yang berikut, yang manakah tidak mugkin berlaku?

a)

Bumi berputar dari timur ke barat

b)

Suatu nombor ganjil didarab 2 menjadi nombor genap

c)

Jika bulan ini adalah bulan Mei 2018, bulan hadapan ialah bulan Jun 2018

d)

Terdapat 366 hari dalam setahun

4.

Di dalam sebuah kotak terdapat 10 biji bola hijau dan 10 biji bola putih. Kamisah mengeluarkan sebiji bola daripada kotak itu. Apakah kemungkinan Kamisah mendapat sebiji bola hijau?

a)

Mustahil

b)

Sama kemungkinan

c)

Kecil kemungkinan

d)

Besar kemungkinan

5.

Cuaca hari ini mendung dan berangin. Kadang-kala kedengaran kilat dan guruh. Apakah kemungkinan hujan akan turun pada hari ini?

a)

Mustahil

b)

Pasti

c)

Kecil kemungkinan

d)

Besar kemungkinan

6.

Di dalam sebuah beg terdapat 6 biji gula-gula berperisa coklat dan 2 biji gula-gula berperisa kopi. Maria mengeluarkan sebiji gula - gula daripada beg itu.


Apakah kemungkinan Maria mendapat sebiji gula-gula berperisa coklat?

a)

Pasti

b)

Sama kemungkinan

c)

Kecil kemungkinan

d)

Besar kemungkinan

7.

Roslan melambungkan sekeping duit syiling 50 sen.


Apakah kemungkinan Roslan mendapat gambar?

a)

Pasti

b)

Sama kemungkinan

c)

Kecil kemungkinan

d)

Besar kemungkinan

8.

Alice melambungkan sebiji dadu yang berlabel nombor 1 hingga 6.


Apakah kemungkinan Alice mendapat nombor 8?

a)

Mustahil

b)

Pasti

c)

Sama kemungkinan

d)

Kecil kemungkinan

9.

Alice melambungkan sebiji dadu yang berlabel nombor 1 hingga 6.


Apakah kemungkinan Alice mendapat nombor ganjil?

a)

Mustahil

b)

Sama kemungkinan

c)

Kecil kemungkinan

d)

Besar kemungkinan

10.

Bulan Ogos mempunyai 32 hari

a)

Pasti

b)

Mustahil

c)

Kecil Kemungkinan

d)

Besar Kemungkinan

11.

Nombor bulat selepas 3 ialah 4

a)

Pasti

b)

Mustahil

c)

Kemungkinan berlaku

d)

Tidak mungkin berlaku

12.

Ayam boleh melahirkan anak

a)

Pasti

b)

Mustahil

c)

Tidak mungkin berlaku

d)

Kemungkinan berlaku

13.

Anggota tentera terdiri daripada lelaki

a)

Pasti

b)

Kecil Kemungkinan

c)

Sama Kemungkinan

d)

Besar Kemungkinan

14.

Pengawal keselamatan di sekolah adalah seorang wanita

a)

Kecil Kemungkinan

b)

Besar Kemungkinan

c)

Sama Kemungkinan

d)

Mustahil

15.

Saya mendapat 6A dalam UPSR sekiranya saya rajin berusaha dan mengulangkaji pelajaran

a)

Pasti

b)

Mustahil

c)

Besar Kemungkinan

d)

Kecil Kemungkinan