Font size
WorksheetsHFD1023 PAKAIAN TRADISIONAL
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Rajah 1 menunjukkan sepasang baju kurung. Antara yang berikut, yang manakah ciri stail pakaian yang betul berdasarkan Rajah 1.
Belah Slit Berlapik, jahitan tulang belut, kekek , pesak dan belah berzip sebelah kiri pada sarung.
Garis leher berbentuk, jahitan tulang belut, pesak, kekek dan belah berzip sebelah kanan sarung
Belah Slit berlapik, kekek, pesak, kocek sisi sebelah kiri dan belah berzip sebelah kanan sarung
Belah berslit berlapik, kekek, pesak, kocek sisi pada sebelah kiri dan kasing (getah)
Ayat keterangan berikut merujuk kepada cara menanda fabrik selepas menggunting fabrik.
(cara ini sesuai untuk fabrik tenun tegap dan teknik menanda yang cepat)
Antara berikut yang manakah cara menanda fabrik merujuk kepada keterangan di atas.
Roda Surih
Jelujur Tanda
Kapur Tukang Jahit
Jahitan Jelujur
Rajah 2 menunjukkan cara menyemat peniti pola atas fabrik.
i ) Semat peniti pada lipatan fabrik
ii) Semat peniti pada bahagian pola yang lain
iii) Semat peniti menyerong pada bahagian penjuru pola
iv) Ratakan pola
Pilih langkah menyemat peniti pada pola tersebut mengikut urutan yang betul.
i, ii , iii , iv
i , ii , iv , iii
i , iii , ii , iv
i, iv, ii, iii
Rajah 3 menunjukkan sarung.
Apakah nama sarung tersebut
Sarung Lisu terbalik
sarung selisih
Sarung lisu susun beriring
Sarung susun ombak beralun
Rajah 4 menunjukkan jahitan tangan yang dijahit pada garis leher baju kurung tradisional.
Apakah nama jahitan tangan tersebut ?
Jahitan Silang Pangkah
Jahitan Insang Pari
Jahitan Tulang Belut
Jahitan Suji Bilang
Ikatan pinggang untuk sarung susun ombak beralun menggunakan kasing getah. Kelebaran yang sesuai untuk kelebaran getah kasing ialah
2 CM
2.5 CM
3 CM
3.5 CM
Apakah tujuan meletakkan pemberat atas fabrik ketika mengunting fabrik.
Memudahkan pergerakan semasa menggunting
Mengelakkan fabrik bergerak ketika menggunting
Mempercepatkan proses menggunting
Mengelakkan pembaziran fabrik
Berikut keterangan langkah menyediakan kasing getah pada sarung.
A ) Seratakan kedut
B ) Temukan hujung getah kenyal dan jahit mesin
C ) Jahit semula ruang yang terbuka
D ) Masukkan getah kenyal ke dalam kasing
Pilih jawapan mengikut urutan yang betul.
A , B , C, D
B , A , C , D
D , C, B, A
C , D , B , A
Teknik jahitan yang sesuai untuk cangkuk dan palang ialah jahitan
Sembat
Mata Lalat
Insang Pari
Silang pangkah
Apakah alat kancing leher yang boleh digunakan bagi menggantikan butang dan rumah butang bersirat
Cangkuk dan palang
Cangkuk dan mata
Pita velcro
Zip
