WorksheetsPRINSIP AKAUN SET 1
Total questions: 40
Worksheet time: 23mins
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan skop kerja bagi suatu subbidang perakaunan
Perancangan
Kawalan
Pengurusan pengeluaran
Apakah subbidang tersebut?
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan kewangan
Perakaunan pengurusan
Situasi manakah yang berkaitan dengan andaian entiti berasingan?
Remy mengambil inventori untuk kegunaan pejabat
Terry mengambil barang niaga untuk tujuan promosi
June mengeluarkan cek perniagaan atas nama Pembekal Sing
Lisa menggunakan tunai perniagaan untuk membayar sewa kediaman
Urusniaga manakah yang direkodkan dalam Jurnal Khas?
Ambilan inventori untuk tujuan promosi
Jualan kenderaan terpakai secara kredit
Beli perabot kedai dari Gedung Perabot
Pulangan barang niaga kepada Syarikat Purnama
Urus niaga manakah yang merupakan catatan kontra dalam Buku Tunai?
mengeluarkan tunai untuk kegunaan keluarga
memasukkan tunai perniagaan ke dalam bank
memasukkan tunai perniagaan ke dalam perniagaan
mengeluarkan tunai untuk menjelaskan akaun belum bayar
Puan Najah membeli perabot pejabat menggunakan wang simpananannya di bank untuk kegunaan pejabat. Apakah dokumen yang digunakan untuk merekodkan urus niaga tersebut?
memo
invois
nota kredit
baucar bayaran
Manakah pengguna dalaman penyata kewangan sesebuah perniagaan?
bank
akaun belum bayar
pihak pengurusan
bakal pelabur
Apakah sumber modal bagi Kedai Rucit Mami?
subsidi daripada kerajaan
simpanan dan pinjaman pemilik
sumbangan daripada pekongsi
terbitan syer kepada orang ramai
Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai koperasi?
dimiliki lebih daripada 50 orang ahli
menangggung liabiliti tidak terhad
keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen
diurus oleh anggota lembaga koperasi yang dilantik dalam mesyuarat agung
Pernyataan manakah yang menunjukkan fungsi Imbangan Duga?
menghitung jumlah modal
menyemak ketepatan catatan lejar
mengira untung kasar dan untung bersih
menunjukkan kedudukan penyata kewangan
Pernyataan manakah yang benar tentang lejar?
merekodkan semua pendapatan dan perbelanjaan dalam tempoh perniagaan
menyenaraikan kos jualan dan kos belian untuk mengira keuntungan perniagaan
mengandungi pelbagi jenis akaun yang digunakan untuk merekodkan urus niaga
merekodkan hasil kendalian dan belanja kendalian untuk mengira keuntungan syarikat
Mengapakah penyata akaun dikeluarkan oleh pembekal kepada pembeli?
untuk menunjukkan baki tunai di bank
untuk memberikan ringkasan urus niaga kepada pembeli
untuk menggalakkan pembeli membuat pembelian dengan tunai
untuk menggalakkan akaun belum bayar membayar hutang dengan cepat
Urus niaga yang berikut diambil daripada Perniagaan Lenny
" menghantar nota kredit kepada Fiffy Ent"
Perniagaan Lenny akan merekodkan urus niaga tersebut ke dalam
jurnal jualan
jurnal belian
jurnal pulangan belian
jurnal pulangan jualan
Apakah yang dimaksudkan dengan proses perakaunan?
proses merekodkan urus niaga dalam dua akaun yang berbeza
proses mengumpul dokumen, merekodkan dan melaporkan maklumat kewangan
proses merekodkan urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu
proses mengumpul dokumen, merekodkan, melaporkan, mentafsir, merancang, menilai dan merumuskan maklumat perniagaan.
Manakah catatan kotra bagi akaun belum terima?
akaun peruntukkan hutang ragu
akaun modal
akaun belum bayar
akaun diskaun diberi
Pernyataan manakah yang benar mengenai diskaun niaga?
potongan daripada jumlah hutang
galakan pembayaran hutang dengan segera
potongan daripada harga bersih dalam invois
galakan pembelian dalam kuantiti yang banyak
Buku catatan pertama manakah direkodkan yang menggunakan sistem panjar?
buku tunai runcit
buku tunai tiga lajur
jurnal penerimaan tunai
jurnal pembayaran tunai
Tenaga Nasional Berhad berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Manakah yang bukan ciri- ciri entiti perniagaan berkenaan?
modal dikumpulkan daripada pemegang syer melalui terbitan syer
ditubuhkan sebagai satu badan yang berasingan daripada pemiliknya
perjalanan syarikat terjejas apabila pemegang syer meninggal dunia
keuntungan diagihkan kepada pemegang syer dalam bentuk dividen
Item manakah aset semasa?
pajak gadai
akaun belum bayar
deposit kadar bayaran
modal
Urus niagakah bukan melibatkan penggunaan maklumat debit?
buku cek
caj bank
faedah atas overdraf
faedah atas simpanan
Pada 3 mei 2018, Puan Lathi membeli barang niaga bernilai RM1600 secara kredit dengan syarat diskaun 10% 7 hari dan 5 % 14 hari. Berapakah jumlah hutang yang perlu dibayar pada 8 Mei 2018?
RM1600
RM1520
RM1440
RM1360
Urus niaga manakah yang direkodkan dalam jurnal am?
ambilan tunai
ambilan barang niaga
belian barang niaga secara kredit
terimaan pulangan barangan daripada pembeli
Butiran manakah yang direkodkan dalam akaun perdagangan dan penyata kedudukan kewangan?
inventori akhir
jualan
untung kasar
gaji belum bayar
Kamalia seorang kerani akaun telah tersalah catat belanja pembaikan kenderaan ke dalam akaun kenderaan. Bagaimanakah catatan tersebut boleh dibetulkan melalui jurnal am?
dt akaun kenderaan, kt akaun bank
dt akaun membaiki kenderaan , kt tunai
dt akaun kenderaan , kt akaun membaiki kenderaan
dt akaun membaiki kenderaan, kt akaun kenderaan
Butiran manakah yang tidak direkodkan di sebelah kiri akaun untung rugi?
pulangan masuk
diskaun diterima
tunai
sewa dibayar
Antara berikut, urus niaga manakah merupakan catatan kontra?
tunai ditangan dibankkan
terima tunai daripada jualan barang niaga dibankkan
tunai dikeluarkan untuk sewa rumah kediaman
tunai peribadi dibawa masuk ke dalam perniagaan
Apakah ciri utama syer keutamaan?
mendapat tunggakan dividen
dapat membuat undian
kadar dividen yang fleksible
mendapat dividen selepas syer biasa
Belanjawan tunai Perniagaan Jenny menunjukkan berlakunya kekurangan. Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh Perniagaan Jenny untuk mengatasi masalah tersebut?
membuat pinjaman daripada bank
mengurangkan volum jualan perniagaan
meningkatkan belian tunai barang niaga
menambahkan perbelanjaan perniagaan
En Salim sedang mempertimbangkan sama ada ingin melabur dalam Firma X atau Firma Y. Nisbah manakah yang dapat membantu beliau membuat keputusan tersebut?
tokokan
pusing ganti inventori
margin untung bersih
pulangan atas modal
Encik Ally mengamalkan rekod tak lengkap. Apakah butir yang dia perlukan untuk menghitung angka jualan kredit dengan kaedah analisis?
pulangan keluar
jualan tunai
hutang lapuk
diskaun diterima
modal akhir RM14000
Ambilan RM13600
Modal awal RM22000
Modal tambahan RM1600
Maklumat di atas diambil daripada buku perniagaan yang tidak lengkap. Berapakah keuntungan atau kerugian bagi perniagaan tersebut?
Untung bersih RM4000
untung bersih RM24000
Rugi bersih RM4000
Rugi bersih RM24000
Nisbah ini menunjukkan keberkesanan sesebuah perniagaan mengawal harga jualan dan kos untuk memaksimumkan keuntungan.
Apakah nisbah tersebut?
pulangan atas modal
kadar pusing ganti inventori
peratus untung kasar atas kos jualan
nisbah ujian asid
Antara manakah bukan kos berubah?
kos bahan langsung
kos buruh langsung
kos belanja langsung
kos overhed
Nisbah kewangan yang manakah dapat mengambarkan keupayaan perniagaan membayar hutang jangka pendek?
tokokan
margin
nisbah semasa
kadar pusing ganti inventori
Maklumat yang berikut diperoleh daripada rekod Pernigaan Funny bagi tahun berakhir 31 Julai 2018
Jualan tunai RM73400
Jualan kredit RM102800
Akaun belum terima RM19800
Akaun belum bayar RM6400
Berapakah tempoh kutipan hutang bagi Perniagaan Funny?
23 hari
41 hari
71 hari
98 hari
Pernyataan manakah yang bukan implikasi rekod tak lengkap?
kesilapan catatan sukar dikesan
imbangan duga tidak dapat disediakan
untung atau rugi tidak dapat ditentukan
ketepatan kerja perekodan tidak dapat diuji
Apakah jenis dividen yang akan dibayar sebelum keuntungan sebenar syarikat diketahui?
dividen akhir
dividen interim
dividen syer biasa
dividen syer keutamaan
Butir manakah yang direkodkan sebagai penerimaan dalam Belanjawan Tunai?
hutang lapuk
diskaun niaga
angkutan keluar
pinjaman
Situasi manakah yang merujuk kepada amalan rekod tak lengkap?
buku perakaunan telah hilang
tiada kawalan tunai dalam perniagaan
jumlah imbangan tidak dihitung dengan baik
peniaga tidak merancang perbelanjaan dengan baik
Manakah butiran kos overhed?
pekerja kilang
penyelia kilang
susut nilai terkumpul loji
pulangan masuk
Belian daripada Pembekal Arif telah direkodkan ke dalam Akaun Alif.
Apakah jenis kesilapan tersebut?
kesilapan saling mengimbangi
kesilapan prinsip
kesilapan komisen
kesilapan terbalik
