WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
"Mengapakah _____________________ bersedih"? tanya Hang Tuah kepada Hang Jebat.
tuan hamba
beta
hamba
patik
"______________________ akan menurut perintah tuanku,"kata Hang Tuah kepada sultan.
patik
baginda
hamba
beta
"Izinkan ___________________ menumpang di rumah tuan hamba," kata lelaki tua itu kepada Panglima Hitam.
patik
hamba
beta
tuanku
Sultan Johor akan menghadiri majlis itu.__________________ akan diiringi oleh Menteri Besar Johor.
Beta
Tuanku
Baginda
Patik
"___________________ berjanji akan membangunkan kawasan ini," titah Sultan Sulaiman.
Baginda
Hamba
Beta
Patik
"Bilakah ____________________ akan berjumpa dengan duta dari negara itu?" tanya bendahara kepada Sultan Iskandar.
beta
tuan hamba
tuanku
hamba
Baginda Sultan Perak telah ______________________ ke Istana Negara bagi menghadiri Mesyuarat Raja-raja Melayu.
beradu
bertitah
berkenan
berangkat
Baginda telah ____________________ untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Bera esok.
berkenan
bersiram
bersemayam
bertitah
Baginda akan _________________ di Istana Kayangan mulai tahun 2020.
beradu
bersantap
bersemayam
berangkat
Raja akan ___________________ sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya.
gering
murka
masyghul
mangkat
Sultan Pahang telah ____________________ untuk merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur.
menjunjung kasih
merafak sembah
mencemar duli
memohon perkenan
"Tarian yang _______________ persembahkan di hadapan __________________ merupakan tarian istana Melayu pada zaman silam," kata Fairuz kepada pemberita.
aku...tuanku
patik...tuanku
saya...baginda
hamba...baginda
"Doktor Nora ada di klinik? Saya ingin berjumpan dengan _____________," tanya Amran kepada jururawat.
dia
anda
kamu
beliau
"Permaisuri sedang santap bersama-sama keluarga ___________________," kata dayang kepada Laksamana.
beta
patik
tuanku
baginda
"Beta ingin ___________________ sekarang kerana hari sudah larut malam," titah Sultan kepada pegawai istana baginda.
bersantap
bersiram
beradu
bersemayam
