NEW
Font size
WorksheetsMerangka Karangan
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Guru-guru di sekolah ini juga tegas tetapi amat penyayang.
Guru-guru di sekolah ini sangat berdedikasi.
Guru-guru di sekolah ini juga penyayang, tegas, mengambil berat, peramah dan bertanggungjawab.
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Seterusnya, saya turut menghadiri kelas tuisyen pada setiap minggu. Saya suka mengikuti kelas tuisyen kerana bilangan muridnya tidak ramai dan gurunya mesra murid. Melalui kelas ini, pelajaran yang tidak saya fahami di sekolah dapat saya atasi di kelas tuisyen.
Seterusnya, saya turut menghadiri kelas tuisyen pada setiap minggu. Hal ini dikatakan kerana pelbagai soalan berformat UPSR akan diberikan oleh guru tuisyen sebagai latih tubi. Oleh itu, kita akan lebih yakin untuk menduduki peperiksaan UPSR.
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Selepas mengikuti program ini, kita akan lebih bersemangat untuk menjadi murid yang cemerlang.
Aktiviti ini akan membangkitkan semangat dalam diri kita untuk menjadi murid yang cemerlang.
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Saudara,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di sekolah baharu. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas Klang. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang terbaik di daerah Klang.
Saudara,
Saya ingin memberitahu bahawa saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Andalas Klang. Sekolah ini merupakan antara sekolah yang terbaik di daerah Klang. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya sepanjang berada di sekolah baharu.
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Akhir sekali, lawatan sambil belajar ini dapat membantu kita menjadi tenang.
Akhir sekali, lawatan sambil belajar ini dapat menghilangkan stres kita.
Akhir sekali, lawatan sambil belajar ini dapat membantu kita untuk mengatasi stres.
Akhir sekali, stres kita akan hilang dengan lawatan sambil belajar ini.
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Saya tidak hadir ke sekolah kerana hadir majlis konvokesyen abang saya.
Saya tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana perlu menghadiri majlis konvokesyen abang sulung saya di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Saya tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana ikut sama ke majlis konvokesyen abang saya di Kuala Lumpur.
Saya tidak hadir ke sekolah kerana ikut sama ke Kuala Lumpur.
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Selain itu, ibu bapa wajiblah melarang anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen.
Selain itu, ibu bapa seharusnya menegah anak menunggang motosikal dengan tidak berlesen.
Selain itu, anak-anak yang tiada lesen memandu septutnya dihalang oleh ibu bapa daripada menunggang motosikal.
Selain itu, ibu bapa hendaklah melarang anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen.
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Satu daripada cara untuk menjaga kesihatan diri ialah kita mestilah melakukan aktiviti riadah.
Aktiviti beriadah adalah salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan.
Untuk menjaga kesihatan, aktiviti riadah perlulah kita lakukan
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
Selepas perasmian, aktiviti pertukaran buku cerita telah diadakan.
Selepas perasmian, telah diadakan aktiviti menukar buku cerita.
Selepas perasmian, semua murid menukar buku cerita.
Pilih ayat yang paling tepat penulisannya.
pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan bahasa melayu telah dijalankan.
Aktiviti berkaitan bahasa melayu telah banyak dijalankan.
Pelbagai aktiviti menarik yang berkaitan dengan bahasa melayu telah dijalankan.
