wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bahasa Melayu Tahun 4 SJKC 2020

Total questions: 30

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

________________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

a)

Tun Abdul Razak

b)

Tunku Abdul Rahman

c)

Sultan Muzaffar Syah

d)

Datuk Sri Najib Tun Razak

2.

Negara kita menyambut __________________ pada 16 September setiap tahun.

a)

Hari Sukan

b)

Hari Ibu Bapa

c)

Hari Malaysia

d)

Hari Kebangsaan

3.

Mei Ling menggunakan ________________ untuk membuat tugasan dalam Google Classroom.

a)

komputer

b)

tetikus

c)

monitor

d)

mesin cetak

4.

Anggota ______________ bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang semakin marak itu.

a)

polis

b)

askar

c)

bomba

d)

peguam

5.

"Tahniah, _____________ telah mara ke peringkat akhir!" kata Cikgu Amir kepada para pemidato sekolah.

a)

kami

b)

beliau

c)

mereka

d)

kalian

6.

"___________ akan laksanakan perintah tuanku itu," kata Tun Tahir.

a)

Hamba

b)

Patik

c)

Baginda

d)

Beta

7.

Sebagai ahli dalam masyarakat, ________ hendaklah saling menghormati antara satu sama lain.

a)

kamu

b)

anda

c)

kita

d)

ia

8.

Jaya memang pandai _______________ perbelanjaan hariannya.

a)

menjaga

b)

mengisi

c)

mengurus

d)

mengubah

9.

Perdana Menteri menyeru agar rakyat di negara ini dapat _______________ perpaduan antara kaum.

a)

memastikan

b)

membiarkan

c)

menyelamatkan

d)

mengekalkan

10.

Pengerusi majlis _________________ selamat datang kepada para hadirin.

a)

menjelaskan

b)

mengucapkan

c)

menyampaikan

d)

membincangkan

11.

Adik ______________ lena di ruang tamu.

a)

duduk

b)

pulang

c)

tidur

12.

Abang dan kawannya sedang ______________ tentang pelajaran.

a)

berbincang

b)

berkebun

c)

bermain

d)

bertanya

13.

Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan semalam berjalan dengan ______________.

a)

aman

b)

gigih

c)

licin

d)

lancar

14.

Ibu membuang cawan yang telah ______________ itu ke dalam tong sampah.

a)

bocor

b)

kempis

c)

koyak

d)

sumbing

15.

Bunga rampai itu berbau ____________ kerana telah bergaul dengan air mawar.

a)

segar

b)

manis

c)

harum

d)

elok

16.

Kami terkejut _____________ mendengar berita itu.

a)

lalu

b)

untuk

c)

sambil

d)

apabila

17.

Pasukan kami berlatih bersungguh-sungguh ____________ berjaya dalam pertandingan esok.

a)

supaya

b)

tetapi

c)

apabila

d)

kemudian

18.

Pihak berkuasa membuat rondaan ____ sekitar perairan negara.

a)

kepada

b)

pada

c)

di

d)

ke

19.

" _________ takut, ibu tunggu kamu di luar kelas," pujuk Puan Imah kepada anaknya yang baru masuk ke Tahun 1.

a)

Jangan

b)

Jemput

c)

Tolong

d)

Sila

20.

_____________ lengkapkan borang ini dengan butir-butir diri kamu.

a)

Sila

b)

Harap

c)

Usah

d)

Jangan

21.

Abang menggunakan ___________ untuk mendapatkan sudut yang tepat.

a)

sesiku

b)

kekuda

c)

jejari

d)

tetupai

22.

Nenek menyediakan __________________ yang membuat kuih tradisional itu.

a)

alat-alat

b)

butir-butir

c)

bahan-bahan

d)

benda-benda

23.

Pengawal keselamatan itu membantu sekumpulan ____________________ melintas jalan.

a)

kanak-kanak

b)

rakan-rakan

c)

labah-labah

d)

biri-biri

24.

Pilih bandingan semacam yang sesuai dengan gambar.

a)

manis seperti semut

b)

rajin seperti semut

c)

merah seperti semut

d)

lincah seperti semut

25.

Sebuah lori yang rosak telah menyebabkan __________________ menjadi sesak.

a)

lalu lintas

b)

lalu lalang

c)

bandar raya

d)

pasar raya

26.

Roy mengucapkan ________________ sebaik sahaja menerima hadiah daripdada Guru Besar.

a)

tolak ansur

b)

soal jawab

c)

kasih sayang

d)

terima kasih

27.

Anjing itu menggonggong __________ tulang yang diperoleh dari tempat pembuangan sampah.

a)

setongkol

b)

sepotong

c)

seketul

d)

sebiji

28.

Penduduk-penduduk Kampung Hilir hidup bantu-membantu ______________________________________________.

a)

seperti isi dengan kuku

b)

seperti aur dengan tebing

c)

seperti langit dengan bumi

d)

seperti anjing dengan bayang-bayang

29.

Pilih ayat yang betul.

a)

Mereka bercuti di Pulau Pinang atau Melaka pada cuti sekolah yang lalu.

b)

Dia ketawa apabila mendengar cerita lucu itu.

c)

Oh, kita ketinggalan bas sekolah!

d)

Laili masih sedih hingga kematian ibu bapanya.

30.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Kakak tidak terangkat bakul yang berat itu.

II Tanggungjawab ibu bapa dalam membesarkan anak-anak sangat berat.

III Ayah suka minum kopi berat buatan emak.

IV Hakim bagi pertandingan itu bersikap berat sebelah.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

III dan IV

d)

I, II dan IV