wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 7 : KESULTANAN MELAYU PAHANG, PERAK, TERENGGANU DAN SELA

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah kesultanan Pahang bertukar pemerintah daripada Kesultanan Melayu Melaka kepada Kesultanan Johor Riau ?

a)

Pengurusan yang kurang efisien

b)

Kalah dalam serangan tentera Melaka

c)

Melaka tidak dapat menampung perbelanjaan

d)

Sultan Abdul Ghafur tidak meninggalkan waris

2.

Manakah antara negeri yang berikut merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau sejak abad ke-16?

a)

Kedah

b)

Pahang

c)

Perak

d)

Selangor

3.

Apakah bentuk Surat Ciri yang digunakan semasa zaman kesultanan Perak?

a)

Barang dagangan

b)

Syarat sebagai raja

c)

Syarat perlindungan

d)

Lambang kebesaran

4.

Apakah sumbangan Sultan Zainal Abidin III sewaktu pemerintahan Kesultanan Terengganu?

a)

Menubuhkan mahkamah syariah

b)

Memperkemaskan sistem cukai

c)

Menubuhkan pasukan tentera

d)

Membina masjid kristal

5.

Sistem pentadbiran Kesultanan Pahang masih berasaskan pembesar empat, lapan dan enam belas. Pilih pembesar utama tersebut

I. Orang Kaya Indera Perba Jelai

II. Orang Kaya Indera Syahbandar

III. Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

IV. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Sultan Ala’iddin Suleiman Shah adalah antara pemerintah Kesultanan Selangor yang masyhur.

Apakah sumbangan baginda terhadap kesultanan tersebut?

a)

Membina landasan kereta api

b)

Membina lapangan terbang

c)

Memajukan Kuala Selangor

d)

Membina istana rasmi

7.

Dalam kesultanan Terengganu, Sultan dipilih dan dilantik oleh ___________________

a)

Dewan Negara

b)

Dewan di-Raja

c)

Dewan Pangkuan Diraja

d)

Jemaah Pangkuan Diraja Negeri

8.

Hukum Kaun Melaka, Hukum Kanun Pahang dan Undang-undang 99 Perak adalah antara undang-undang bertulis negeri-negeri Melayu.

Berdasarkan pengetahuan anda, mengapakah undang-undang penting dalam kehidupan?

a)

Mengawal kehidupan bermasyarakat

b)

Merupakan identiti dan keunikan negara

c)

Meningkatkan taraf institusi perundangan

d)

Membuktikan kepentingan amalan beragama

9.

Apakah sumber yang perlu dirujuk untuk mengkaji sejarah awal negeri – negeri Melayu?

I. Kitab Tib

II. Hikayat Pahang

III. Misa Melayu

IV. Hikayat Sang Kancil

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Andaikan anda merupakan seorang rakyat terhadap sultan dalam masyarakat melayu tradisional.

Apakah tanggungjawab anda sebagai rakyat pada ketika itu?

I. Taat Setia

II. Tidak dehaka

III. Menjadi hamba

IV. Mengawal keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Antara berikut, adat manakah yang tidak tersenarai dalam adat perkahwinan?

a)

Berinai Besar

b)

Pernikahan

c)

Bersanding

d)

Berendoi

12.

Apakah tujuan Kesultanan Terengganu memperbaharui Istana Maziah?

a)

Untuk menjadi warisan negara

b)

Menunjukkan kemasyhuran Terengganu

c)

Istana rasmi bagi Sultan Terenggnu

d)

Untuk tontonan generasi masa kini

13.

Pada pendapat anda,apakah gelaran Tun Zainal Abidin yang diberi oleh raja patani?

a)

Nang Nok (raja biru)

b)

Nang Ching (raja hijau)

c)

Nang Pang (raja kuning)

d)

Nang Chayam (raja kuning)

14.

Antara berikut, yang manakah merupakan bentuk mata wang yang digunakan di Perak?

a)

Mata wang pitis

b)

Mata wang syiling

c)

Mata wang kupang emas

d)

Mata wang bongkah timah

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan isi kandungan dalam Hukum Kanun Melaka?

I. Hutang-piutang

II. Barang dagangan

III. Peranan Syahbandar

IV. Peraturan dan larangan istana

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV