wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GEOGRAFI TING 2 (BAB 6: TELEKOMUNIKASI)-Cikgu Hani

Total questions: 20

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan satelit kepunyaan Malaysia?

I MEASAT

II PALAPA

III AsiaSAT

IV TiungSAT

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Perkembangan pesat dalam sistem perhubungan telah membantu Malaysia

I memajukan kawasan terpencil

II mempercepatkan urusan perniagaan

III menarik lebih ramai pelabur asing

IV mengurangkan kos penghantaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Pelajar berinteraksi dengan pensyarah secara langsung dengan menggunakan internet.

Pernyataan di atas menerangkan konsep

a)

e-books

b)

telesidang

c)

e-dagang

d)

sekolah bestari

4.

*Mel suara

*SMS


Alat perhubungan yang menyediakan perkhidmatan di atas ialah

a)

komputer

b)

telefon

c)

telefaks

d)

telefon selular

5.

Apakah kepentingan e-dagang terhadap perdagangan di Malaysia?

I Pelaburan asing akan meningkat

II Pendapatan negara akan bertambah

III Penubuhan kilang dapat dikawal

IV Pengurusan sekolah menjadi lebih lancar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Kepentingan sistem satelit di Malaysia ialah

I menghubungi sahabat dengan cepat

II dapat menyaksikan sukan secara siaran langsung

III barangan dapat diterima dengan cepat

IV sistem pengangkutan semakin maju

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Telefon pintar merangkumi perisian seperti aplikasi kamera digital, bluetooth, capaian Internet dan juga aplikasi-aplikasi media sosial.

a)

BETUL

b)

SALAH

8.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Penerokaan dalam bidang telekomunikasi memasuki satu dimensi baharu dengan pembinaan stesen satelit bumi yang pertama di Cyberjaya.

a)

BETUL

b)

SALAH

9.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) meningkatkan rangkaian perkhidmatan radio dan televisyen satelit melalui ASTRO.

a)

BETUL

b)

SALAH

10.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Ciri-ciri rekaan luaran dan dalaman telefon yang menggunakan teknologi tinggi menepati kehendak dan cita rasa generasi alaf baharu.

a)

BETUL

b)

SALAH

11.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berfungsi menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai serta menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti capaian Internet yang laju.

a)

BETUL

b)

SALAH

12.

Kesan positif telekomunikasi terhadap pembangunan negara ialah (3 jawapan)

a)

e-perbankan

b)

Multimedia interaktif

c)

e-dagang

d)

Maklumat berunsur negatif

13.

Perkataan e-kerajaan pernah kita dengar. Apakah yang dimaksudkan dengan huruf "e" tersebut?

a)

elektrik

b)

elektronik

14.

Apakah yang anda tahu tentang "e-kerajaan"?

a)

Urusan kerajaan melalui surat-menyurat.

b)

Urusan kerajaan melalui telefon.

c)

Urusan kerajaan melalui Internet.

15.

Apa yang anda faham tentang "e-dagang"?

a)

Proses menjalankan urusan perniagaan melalui pengangkutan.

b)

Proses menjalankan urusan perniagaan melalui rangkaian komputer atau Internet.

c)

Proses menjalankan urusan perniagaan melalui gudang atau kedai.

16.

Etika penggunaan alat telekomunikasi merujuk prinsip dan tatacara moral atau nilai-nilai akhlak, iaitu (a)........... dan (b)........... yang menjadi pegangan seseorang individu

a)

(a)sikap (b)sopan santun

b)

(a)adab (b)sifat buruk

c)

(a)perasaan (b)sopan

d)

(a)adab (b)sopan santun

17.

Berikut adalah etika penggunaan alat telekomunikasi (2 jawapan)

a)

mengganggu dan merosakkan sistem komunikasi orang lain

b)

Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar undang-undang dan norma

c)

sebarkan berita palsu kepada orang lain.

d)

Tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum

18.

Alat yang diperkenalkan oleh British pada tahun 1876 untuk urusan pentadbiran Tanah Melayu.

a)

Telefon

b)

Telefaks

c)

Telegraf

d)

Teleks

19.

Telefon bimbit juga dikenali sebagai

a)

Telefon selular

b)

telefon pintar

c)

Telefon bestari

20.

Susun atur perkembangan telekomunikasi di Malaysia ialah seperti berikut...

a)

Telefon --> telegraf --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit --> telefon pintar

b)

Teleks --> telefonn --> telegraf --> telefon bimbit --> mesin faks --> telefon pintar

c)

Telegraf --> telefon --> teleks --> mesin faks --> telefon bimbit -->telefon pintar

d)

mesin faks --> telegraf -->teleks --> telefon pintar --> telefon bimbit --> telegraf