Font size
WorksheetsPelajaran 5: Memahami Sunnatullah. Tingkatan 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Maksud sunnatullah ialah
Sistem yang dicipta oleh makhluk untuk keharmonian bersama
Peraturan yang diciptakan untuk makhluk di akhirat nanti
Sistem dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah dan boleh berubah
Sistem dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah terhadap semua makhluk
Konsep Sunnatullah meliputi semua perkara berikut KECUALI
Sunnatullah bersifat tetap dan kekal dengan izin Allah
Sunnatullah bersifat boleh berubah mengikut kesesuaian zaman
Sunnatullah berasaskan konsep sebab, musabab dan akibat
Sunnatullah merangkumi semua makhluk
Antara sebab kemusnahan kaum Tsamud adalah kerana bersifat angkuh dan menuduh Nabi Yusuf sebagai pendusta
Betul
Salah
Kaum ____________ dapat menyimpan bekalan semasa musim menuai kerana mematuhi nasihat baginda.
Nabi Lut
Nabi Hud
Nabi Soleh
Nabi Yusuf
Kaum Nabi Lut didatangkan dengan musibah _______ kerana mengingkari perintah Allah.
petir yang sangat kuat
gempa bumi yang dahsyat
bumi diterbalikkan
banjir besar
Antara kepetingan mengkaji sejarah umat terdahulu adalah seperti berikut kecuali
dijadikan iktibar dalam kehidupan
dijadikan sebagai koleksi bahan bacaan
mengetahui sebab kemusnahan umat terdahulu
mengenalpasti sebab kejayaan umat terdahulu
Manakah antara berikut BUKAN kesan memahami sunnatullah
meyakini setiap yang berlaku mengikut kehendak Allah
menerima ketetapan Allah dengan bersikap positif
menyelidik kejadian alam untuk pembangunan semata-mata
merancang strategi dalam setiap tindakan
Kita hendaklah meyakini bahawa Allah swt telah mengatur kehidupan manusia bersesuaian dengan _______
kehendak dan keinginannya.
kekuasaan dan kehebatannya.
peraturan dan ketetapannya.
undang-undang manusia.
Antara sebab kejayaan Talut dan tenteranya ialah
mempunyai tubuh badan yang kuat
mempunyai tentera yang ramai
mematuhi arahan ketua
sangat berdisiplin
Apakah maksud Sunnatullah?
Kejadian luar biasa.
Sunnah Nabi yang menjadi ikutan kepada manusia
Benda yang kebiasaan berlaku dan tidak bertukar.
Panduan kepada manusia selepas al-Quran
Apakah pengajaran yang terdapat dalam ayat 137 surah Ali Imran?
Kita hendaklah menepati janji apabila berjanji kerana ia adalah sebuah sunnatullah.
Kita mestilah menghafal kisah-kisah umat terdahulu supaya dapat lulus peperiksaan dengan cemerlang.
Kita hendaklah menghormati jiran kerana ia merupakan sunnatullah.
Kita hendaklah mengkaji kisah-kisah umat terdahulu untuk memahami sunnatullah.
Kesan memahami Sunnatullah ialah: (dua jawapan)
Meyakini setiap yang berlaku dalam kehidupan mengikut ketetapan Allah
Merancang strategi dengan teliti dalam setiap tindakan untuk mencapai kejayaan
Menolak ketetapan Allah
Mengelakkn dari mengkaji kejadian alam
Menerima ketetapan Allah dengan bersikap positif dalam setiap keadaan. Pernyataan ini merupakan
Kesan memahami Sunnatullah
Kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah umat terdahulu
Konsep Sunnatullah
Pengajaran dari ayat 137-139 surah ali-Imran
Mengkaji dan menyelidiki kejadian alam untuk pembangunan dan kemajuan umat.
Pernyataan ini merupakan
Kesan memahami Sunnatullah
Kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah umat terdahulu
Konsep Sunnatullah
Pengajaran dari ayat 137-139 surah ali-Imran
Membentuk jati diri dan semangat jihad yang tinggi dalam berdepan dengan cabaran kehidupan. Pernyataan ini merupakan
Kesan memahami Sunnatullah
Kepentingan mengkaji dan meneliti sejarah umat terdahulu
Konsep Sunnatullah
Pengajaran dari ayat 137-139 surah ali-Imran
Daniel berdoa siang dan malam supaya lulus di dalam peperiksaan. Adakah tindakan ini menepati Sunnatullah?
Ya
Tidak
Qistina telah berselisih faham dengan kawannya. Dia malu untuk meminta maaf. Dia berharap persahabatan mereka akan pulih seperti dahulu.
Adakah tindakan ini menepati Sunnatullah?
Ya
Tidak
Bagaimanakah kejadian awan dan hujan berkait dengan Konsep Sunnatullah? Huraikan. (4 markah)
Semua kejadian di alam ini mengikut cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Bagaimanakah anda mengaplikasikan pernyataan di atas dalam kehidupan? Huraikan. (4 markah)
Teori Darwin mengatakan bahawa kejadian makhluk adalah berasal daripada spesis beruk.
Bagaimanakah anda menyangkal dakwaan ini dengan menghubungkaitkannya melalui konsep Sunnatullah. (4 markah)
