WorksheetsBahasa Melayu
Total questions: 20
Worksheet time: 16mins
Berikut manakah teknik menulis karangan umum?
menganalisis soalan
merangka karangan
menulis karangan
menyemak/mengedit karangan
semua di atas
Berikut merupakan apa yang kita perlu untuk menganalisis soalan kecuali
kata kunci
pendahuluan
kehendak soalan
Berikut merupakan apa yang kita perlu untuk menulis karangan kecuali
kosa kata
frasa/ungkapan menarik
penanda wacana
ejaan
Terdapat 2 pecahan karangan umum
ya
tidak
Berikan tiga jenis karangan umum
Berikan 3 jenis karangan tidak berformat
Berikan 3 jenis karangan berformat
Berikut merupakan kata nama kecuali
kata nama khas
kata ganti nama
kata kerja aktif
kata nama am
'AKU' merupakan
kata ganti nama diri orang kedua
kata ganti nama diri orang pertama
kata ganti nama diri orang ketiga
kata ganti nama diri orang keempat
'BAGINDA' merupakan
kata ganti nama diri orang pertama
kata ganti nama diri orang kedua
kata ganti nama diri orang ketiga
kata ganti nama diri orang kempat
'Kucing itu mengiau kerana ianya kehausan dan kelaparan'. Adakah penggunaan kata ganti nama di atas betul?
YA
TIDAK
'Abang pemurah dan baik hati. Dia memberikan wang kepada saya setiap kali menerima gajinya'. Adakah penggunaan kata ganti nama di atas betul?
YA
TIDAK
Pelbagai jenis bahan bacaan terdapat di perpustakaan,____________ para murid tidak menggunakannya dengan sebaiknya.
walaupun
malahan
bahkan
namun
Kata nama am ialah kata yang menamakan sesuatu secara am atau umum.
YA
TIDAK
Kata nama khas ialah kata yang menamakan sesuatu secara khusus.
YA
TIDAK
Kata ganti nama ialah kata yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am
YA
TIDAK
Semua warga sekolah bersedih di atas persaraan Pengetua itu kerana____________ seorang yang ramah dan baik hati.
dia
kalian
beliau
baginda
________kah yang telah melanjutkan pelajaran ke universiti?'' tanya Umie kepada Mira.
Apa
Bila
Mana
Siapa
"Kalian boleh beredar jika tiada ______ yang hendak ditanyakan lagi," kata Cikgu Zakuan
apa
siapa
apa-apa
mana-mana
''Telah _______ terima poskad yang yang engkau kirimkan kepadaku pada petang semalam", kata Adam kepada sahabat penanya itu.
Aku
Ku
Saya
Beta
