wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

3 JULAI - PEMAHAMAN

Total questions: 20

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Pihak Tabung Darah Hospital Daerah Mualim

__________ orang ramai untuk menderma darah kerana bekalan darah semakin berkurangan.

a)

melayan

b)

menagih

c)

menyeru

d)

mendesak

2.

Mak Cik Suraya membeli dua ________ serai daripada seorang penjual sayur-sayuran di pasar tani pagi tadi.

a)

ikat

b)

papan

c)

tangkai

d)

rumpun

3.

Nakhoda mengarahkan kelasi kapal dagang itu supaya _________sauh bagi meneruskan pelayaran mereka.

a)

menarik

b)

melabuh

c)

membongkar

d)

membuka

4.

Petani itu ________ tanah di kebunnya sebelum dia menanam sayur sawi, bayam, terung dan kacang panjang.

a)

menebas

b)

memecah

c)

menyiram

d)

menggembur

5.

“Semasa perlawanan akhir bola sepak itu nanti, ________ mesti beraksi cemerlang,” pesan Cikgu Latif kepada para pemain.

a)

kita

b)

kami

c)

kamu

d)

kalian

6.

Abang terpilih melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Dia akan ke ________ untuk melapor diri pada minggu depan

a)

sini

b)

sana

c)

itu

d)

ini

7.

Pegawai Pendidikan Daerah Mualim menyampaikan hadiah ______ para pelajar.

a)

untuk

b)

pada

c)

kepada

d)

ke

8.

Majlis rumah terbuka Encik Halili itu berlangsung ______

pagi _______ ke petang.

a)

daripada ... sehingga

b)

dari...hingga

c)

sejak...ke

d)

pada...hingga

9.

Keadaan Pantai Batu Buruk yang agak ________ itu berbahaya untuk aktiviti perkelahan atau mandi-manda di situ

a)

dalam

b)

curam

c)

rendah

d)

dangkal

10.

Nenek Timah yang sudah ____________itu berjalan menggunakan tongkat.

a)

bongkak

b)

bongkok

c)

bengkok

d)

condong

11.

Pinggan mangkuk di dapur itu ___________ dibasuh oleh

kakak.

a)

sudah

b)

mesti

c)

pernah

d)

harus

12.

Keputusan peperiksaan UPSR _____________ diketahui pada pagi esok.

a)

akan dapat

b)

belum boleh

c)

belum pernah

d)

sedang hendak

13.

“Kek lapis yang kakak buat gebu ________, malah setanding dengan kek lapis yang dijual di kedai-kedai kek,” kata emak.

a)

agak

b)

amat

c)

terlalu

d)

paling

14.

Naemah __________ ibunya memasak di dapur, ___________ kakaknya membasuh pakaian.

a)

dan...lalu

b)

dan...maka

c)

dan...manakala

d)

dengan...sambil

15.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


Pameran kereta antik di Dataran Menara Condong itu berlangsung selama seminggu.

a)

Kereta antik itu sudah dipamerkan seminggu di Dataran Menara Condong.

b)

Seminggu bersama-sama pameran kereta antik di Dataran Menara Condong.

c)

Dataran Menara Condong menjadi pusat pameran seminggu untuk kereta antik.

d)

Selama seminggu pameran kereta antik itu diadakan di Dataran Menara Condong.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Ibu negeri Perak adalah Ipoh.

b)

Universiti Malaya ialah universiti yang tertua di Malaysia.

c)

Kereta Toyota adalah kereta import.

d)

Azim dan Aiman adalah kawan baik Jamal.

17.

“____________ mahu bersiar – siar di taman bunga.” titah Tuan Puteri Gunung Keriang kepada dayang – dayangnya.

a)

Beta

b)

Patik

c)

Saya

d)

Hamba

18.

Shamimi dinaikkan pangkat oleh majikannya _____________ dia seorang pekerja yang rajin dan gigih.

a)

agar

b)

kerana

c)

apabila

d)

meskipun

19.

“ Ayah berasa gembira kerana hubungan kamu berdua yang ____________ sejak kecil masih kekal hingga sekarang,” kata Tuan Nawzah kepada anaknya Fudhail.

a)

terjalin

b)

jalinan

c)

dijalin

d)

menjalin

20.

Tanah yang terbiar di hujung kampung itu akan dimajukan tidak lama lagi.

Pilih perkataan sama erti bagi perkataan yang bergaris di atas.

a)

dibina

b)

ditanami

c)

diusahakan

d)

dibangunkan