Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH B7T4 (7.4-7.5) KSSM

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah DUA kandungan yang terdapat dalam Laporan Barnes 1951?

a)

Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan

c)

Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu

d)

Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

2.

Antara berikut, yang manakah DUA kandungan yang terdapat dalam Laporan Fenn-Wu 1951?

a)

Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan

c)

Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu

d)

Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

3.

Apakah maksud sekolah vernakular?

a)

Sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

b)

Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar

c)

Sekolah yang menggunakan pelbagai bahasa sebagai bahasa pengantar

d)

Sekolah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

4.

Antara berikut, yang manakah DUA pernyataan yang benar berkaitan dengan Laporan Woodhead 1955?

a)

Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah

b)

Mementingkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

c)

Sistem persekolahan yang sama bagi kanak-kanak daripada semua bangsa

d)

Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan

5.

Pasangan manakah yang BETUL berkaitan Dasar Pendidikan Kebangsaan?

a)

Laporan Barnes 1951 =>Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Laporan Fenn-Wu 1951 => Tanah Melayu mempunyai dua jenis sekolah rendah

c)

Ordinan Pelajaran 1952 => Pendidikan percuma untuk semua sekolah rendah

d)

Laporan Woodhead 1955 => Kurikulum yang seragam untuk semua sekolah

6.

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 juga dikenali sebagai _______________

a)

Ordinan Pelajaran 1956

b)

Penyata Razak 1956

c)

Penyata Rahman Talib

d)

Ordinan Pelajaran Koloni 1956

7.

# Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

# Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

Maklumat ini berkaitan

a)

Laporan Barnes 1951

b)

Laporan Fenn-Wu 1951

c)

Laporan Woodhead 1955

d)

Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956

8.

Mengapakah Laporan Fenn-Wu 1951 diterbitkan?

a)

Menggantikan Laporan Barnes 1951

b)

Melaksanakan Ordinan Pelajaran 1952

c)

Bantahan masyarakat Cina terhadap Laporan Barnes

d)

Mengkaji sistem pendidikan di Sarawak dan Sabah

9.

Apakah DUA teras pembentukan sistem pendidikan kebangsaan yang dicadangkan oleh Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?

a)

Kandungan kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan

b)

Keutamaan penggunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan

c)

Hanya bahasa kebangsaan digunakan sebagai bahasa pengantar

d)

Sistem persekolahan yang sama bagi semua kanak-kanak daripada semua bangsa

10.

Antara berikut, yang manakah DUA cadangan yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956?

a)

Sekolah Umum (rendah) menggunakan bahasa Melayu

b)

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah

c)

Memastikan pendidikan sivik diajar secara formal di sekolah

d)

Memperkenalkan buku teks yang berlatarbelakangkan unsur tempatan

11.

Antara berikut, yang manakah DUA perkara yang terkandung dalam Ordinan Pelajaran 1952?

a)

Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan

c)

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah

d)

Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah sekiranya terdapat 15 orang murid dalam kumpulan yang sama

12.

Terdapat DUA pindaan dalam Laporan Woodhead 1955 yang dilaksanakan di Sabah iaitu

a)

Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan

c)

Mempertingkat pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina

d)

Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam bahasa Inggeris

13.

Berikut merupakan DUA cadangan dalam Laporan Woodhead 1955 yang dilaksanakan di Sarawak iaitu

a)

Mewujudkan sekolah menengah berbilang kaum dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

Menyeragamkan sukatan pelajaran dan peperiksaan

c)

Mempertingkat pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah Cina

d)

Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah dikendalikan dalam bahasa Inggeris

14.

Apakah matlamat penubuhan United Malays National Organisation (UMNO)?

a)

Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya

b)

Menentang Malayan Union dan bekerjasama dengan kaum lain untuk mencapai kemerdekaan

c)

Memperjuangkan hak yang sama untuk semua kaum

d)

Menjaga kepentingan orang dagang di Tanah Melayu

15.

Selain memelihara kepentingan kaum Cina, apakah tujuan utama penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) di Tanah Melayu?

a)

Menentang komunis

b)

Membentuk Perikatan

c)

Menuntut kemerdekaan

d)

Memajukan ekonomi

16.

Bagaimanakah UMNO, MCA dan MIC mewujudkan kerjasama politik?

a)

Melonggarkan syarat kerakyatan

b)

Menggalakkan penubuhan parti politik

c)

Membentuk Parti Perikatan

d)

Menyekat kemasukan imigran

17.

Antara berikut, yang manakah DUA tokoh yang mengetuai PUTERA-AMCJA?

a)

Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz

b)

Haji Ahmad Fuad Hassan

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Tan Cheng Lock

18.

Pilih DUA pernyataan yang benar mengenai Parti Perikatan.

a)

Kerjasama tiga kaum terbesar di Tanah Melayu

b)

Gabungan UMNO-MCA-MIC

c)

Menuntut diadakan pilihan raya Persekutuan

d)

Memperjuangkan kepentingan penduduk bumiputera ke arah berkerajaan sendiri

19.

Manakah DUA sebab Independence of Malayan Party (IMP) ditubuhkan pada September 1951?

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Menyekat pengaruh komunis

d)

Mempertahankan hak peribumi

20.

Apakah DUA matlamat perjuangan Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar?

a)

Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum

b)

Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu

c)

Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu

d)

Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu

21.

Apakah DUA matlamat perjuangan Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di bawah pimpinan Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr. Burhanuddin al-Helmi?

a)

Menuntut kemerdekaan dengan kerjasama semua kaum

b)

Membentuk satu parti bagi semua rakyat untuk membentuk negara Tanah Melayu

c)

Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu

d)

Penyatuan pentadbiran Islam di negeri Melayu

22.

Apakah DUA matlamat perjuangan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada Oktober 1945?

a)

Menentang Malayan Union

b)

Menentang komunis di Tanah Melayu

c)

Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu

d)

Mencapai kemerdekaan dan memperjuangkan Melayu Raya

23.

Antara berikut, yang manakah melambangkan logo kapal layar yang dipilih oleh Parti Perikatan?

a)

Sedia menempuh cabaran dan rintangan

b)

Permuafakatan antara masyarakat

c)

Perkongsian kuasa pentadbiran

d)

Semangat waja

24.

Apakah yang dituntut oleh Persidangan Kebangsaan yang berlangsung pada Februari 1954?

a)

Menuntut agar diadakan pilihan raya Persekutuan

b)

Menuntut agar diberikan kebebasan bersuara

c)

Menuntut kerjasama politik antara pelbagai kaum

d)

Menuntut agar memberi kemerdekaan kepada Sabah

25.

Konvensyen Kebangsaan yang dianjurkan oleh UMNO dan MCA pada bulan Ogos 1954 turut dihadiri oleh DUA parti berikut iaitu

a)

Persatuan Eurasian Malaya

b)

Parti Islam Se-Tanah Melayu

c)

Persatuan Melayu Semenanjung

d)

People's Progressive Party