Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Form 4

Total questions: 10

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.


Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.

a)

bagai aur dengan tebing

b)

muafakat membawa hikmat

c)

bersih amalan mulia

d)

kebersihan separuh daripada iman

2.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Datuk Salim menentang hebat sikap isterinya yang suka membezakan saudara-mara berdasarkan pangkat dan kedudukan.

a)

kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

b)

enggang sama enggang,pipit sama pipit

c)

ilmu pelita hati

d)

ada bau ada bangkainya

3.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Pengurus syarikat itu telah dipecat daripada jawatannya setelah Lembaga Pengarah mendapati pengurus tersebut telah menyalahgunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi.

a)

harapkan pagar,pagar makan padi

b)

lain padang ,lain belalang

c)

bagai bumi dengan langit

d)

bagai cendawan tumbuh selepas hujang

4.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Anggota keselamatan di negara ini diseru supaya menjauhi amalan rasuah kerana sikap segelintir antara mereka boleh menjejaskan imej keselamatan tersebut.

a)

kerana nila setitik,rosak susu sebelanga

b)

bagai telur dihujung tanduk

c)

bagai duri dalam daging

d)

bagai gergaji bermata dua

5.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.

a)

carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga

b)

seperti kucing dengan anjing

c)

bagai hempedu lekat di hati

d)

bagai inai dengan kuku

6.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Ibu berasa bosan dan kecewa dengan sikap anak-anaknya yang membuat kerja rumah hanya apabila disuruh dan dipaksa.

a)

seperti pahat dengan penukul

b)

bagai itik pulang petang

c)

banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya

d)

bapa borek anak rintik

7.

baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.


Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda,kita perlulah berhati-hati semasa mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.

a)

terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya

b)

barang yang dikata,itulah kota

c)

baru bertatih sudah hendak berlari

d)

bayang disangka tubuh

8.

Nyatakanperibahasa yang sesuai


mendapatkan sesuatu yang dihajati

a)

bagai anjing mendapat tulang

b)

orang mengantuk disorongkan bantal

9.

Nyatakanperibahasa yang sesuai


Berwaspada selalu apabila berurusniaga dengan orang lain.

a)

air yang tenang jangan disangka tiada buaya

b)

hati gajah sama dilapah

10.

Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.

a)

berat sama dipikul ringan sama dijinjing

b)

bukit sama didaki,lurah sama dituruni

c)

bersatu bertambah mutu

d)

seperti gula dengan semut