WorksheetsQ1 T3B3 3.2.1 Pengurusan Kredit dan Hutang
Total questions: 15
Worksheet time: 45mins
Apakah yang anda faham tentang kredit?
(BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN)
Kredit bermaksud jumlah wang yang boleh dipinjam.
Kredit bermaksud satu perjanjian kontrak antara pembekal
dengan pengguna, yang mana pengguna boleh meminjam wang daripada pembekal untuk sesuatu kegunaan atau pembelian dan bersetuju membayar balik dalam suatu tempoh tertentu.
Kredit bermaksud satu perjanjian kontrak antara pembekal
dengan pengguna, yang mana pembekal boleh meminjam wang daripada pengguna untuk sesuatu kegunaan atau pembelian dan bersetuju membayar balik dalam suatu tempoh tertentu.
Kredit ialah satu kemudahan
penangguhan bayaran yang diberikan oleh pembekal kepada pengguna
Amalan membuat belanjawan peribadi amat digalakkan
supaya individu dapat
(BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN)
menabung
Berbelanja lebih daripada sepatutnya.
mengelak daripada berbelanja berlebihan
merancang perbelanjaan secara berhemah
Hutang biasanya membawa maksud
(a)
Bagaimanakah anda menguruskan kredit dan hutang dengan bijaksana?
(BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN)
Membayar pada tempoh diskaun tunai bagi pembayaran hutang.
Membayar jumlah penuh yang tertera pada penyata kad kredit.
Pengguna kad kredit tidak perlu menjelaskan bayaran hutang dalam tempoh yang ditetapkan oleh bank untuk menikmati tempoh tanpa faedah.
Jumlah minimum yang dibayar oleh pemegang kad kredit memberi peluang kepada bank untuk mengenakan caj atas baki dan juga boleh menyebabkan caj bayaran lewat dikenakan.
Pengguna kad kredit perlu menjelaskan bayaran hutang dalam tempoh yang ditetapkan oleh bank untuk menikmati tempoh tanpa faedah.
Antara yang berikut, yang manakah adalah kekurangan kad kredit?
(BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN)
Kemudahan membeli barangan dan perkhidmatan atas talian
Dibebankan dengan caj-caj seperti yuran tahunan, caj kewangan (faedah), caj faedah pendahuluan wang tunai dan caj bayaran lewat.
Tidak perlu membawa tunai yang banyak
Berbelanja lebih daripada sepatutnya
Antara yang berikut, yang manakah adalah kelebihan kad kredit?
(BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN)
Perlu membawa tunai yang banyak
Sesetengah kedai tidak menerima
pembayaran melalui kad kredit.
Tidak perlu membawa tunai yang banyak
Pengguna kad kredit boleh menikmati
sistem ganjaran dalam bentuk rebat tunai
atau penebusan mata.
Kaedah pembayaran yang mudah dan cekap
Antara berikut, yang manakah syarat umum yang perlu dipatuhi oleh seseorang pemohon kad kredit?
(BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN)
Berumur 22 tahun ke atas.
Berpendapatan minimum RM24 000 setahun dan memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh pihak bank
Perlu mempunyai penyata slip gaji atau dokumen sokongan
Tanggungjawab sebagai seorang pengguna kad kredit apabila menandatangani borang permohonan kad kredit adalah
(BOLEH PILIH LEBIH DARIPADA SATU JAWAPAN)
Semak urus niaga dalam penyata kad kredit yang diterima pada hujung bulan
Hafal nombor pin dan mencatat nombor pin di belakang kad.
Memberikan butir-butir kad kredit kepada orang yang tidak dikenali.
Menandatangani kad kredit sebaik sahaja diterima.
Simpan kad kredit di dalam dompet supaya mudah sedar sekiranya hilang.
Encik Sugu mempunyai baki tertunggak RM4000 di kad kreditnya. Bank tersebut mengenakan kadar faedah tahunan 18% ke atas baki tertunggak selepas tamat tempoh tanpa faedah dan caj bayaran lewat ialah 1%. Anggap bahawa Encik Sugu tidak menggunakan kad kredit dalam bulan berikutnya.
Berapakah bayaran minimum yang harus dibayar oleh Encik Sugu?
RM 2000
RM 200
RM 400
RM 4000
Encik Sugu mempunyai baki tertunggak RM4000 di kad kreditnya. Bank tersebut mengenakan kadar faedah tahunan 18% ke atas baki tertunggak selepas tamat tempoh tanpa faedah dan caj bayaran lewat ialah 1%. Anggap bahawa Encik Sugu tidak menggunakan kad kredit dalam bulan berikutnya.
Jika Encik Sugu hanya membuat bayaran minimum, berapakah baki yang belum dijelaskan?
RM 3600
RM 4000
RM 2000
RM 3800
Encik Sugu mempunyai baki tertunggak RM4000 di kad kreditnya. Bank tersebut mengenakan kadar faedah tahunan 18% ke atas baki tertunggak selepas tamat tempoh tanpa faedah dan caj bayaran lewat ialah 1%. Anggap bahawa Encik Sugu tidak menggunakan kad kredit dalam bulan berikutnya.
Jika Encik Sugu hanya membuat bayaran minimum dan tarikh penyata ialah 15 hari daripada tarikh tamat tempoh tanpa faedah, berapakah caj kewangan yang dikenakan?
RM 28.00
RM 28.11
RM 29.59
RM 29.70
Encik Sugu mempunyai baki tertunggak RM4000 di kad kreditnya. Bank tersebut mengenakan kadar faedah tahunan 18% ke atas baki tertunggak selepas tamat tempoh tanpa faedah dan caj bayaran lewat ialah 1%. Anggap bahawa Encik Sugu tidak menggunakan kad kredit dalam bulan berikutnya.
Jika Encik Sugu hanya membuat bayaran minimum dan tarikh penyata ialah 15 hari daripada tarikh tamat tempoh tanpa faedah, berapakah baki dalam penyata bulan berikutnya untuk Encik Sugu?
RM 3838.11
RM 2828.11
RM 3888.11
RM 3828.11
Encik Sugu mempunyai baki tertunggak RM4000 di kad kreditnya. Bank tersebut mengenakan kadar faedah tahunan 18% ke atas baki tertunggak selepas tamat tempoh tanpa faedah dan caj bayaran lewat ialah 1%. Anggap bahawa Encik Sugu tidak menggunakan kad kredit dalam bulan berikutnya.
Jika Encik Sugu terlupa membuat bayaran dan dikenakan caj bayar lewat 1%. Tarikh penyata ialah 15 hari daripada tarikh tamat tempoh tanpa faedah, berapakah caj kewangan yang dikenakan?
RM 29.59
RM 28.11
RM 40.30
RM 69.89
Encik Sugu mempunyai baki tertunggak RM4000 di kad kreditnya. Bank tersebut mengenakan kadar faedah tahunan 18% ke atas baki tertunggak selepas tamat tempoh tanpa faedah dan caj bayaran lewat ialah 1%. Anggap bahawa Encik Sugu tidak menggunakan kad kredit dalam bulan berikutnya.
Jika Encik Sugu terlupa membuat bayaran dan dikenakan caj bayar lewat 1%. Tarikh penyata ialah 15 hari daripada tarikh tamat tempoh tanpa faedah, berapakah caj bayaran lewat yang dikenakan?
RM 29.59
RM 40.30
RM 69.89
RM 28.11
Encik Sugu mempunyai baki tertunggak RM4000 di kad kreditnya. Bank tersebut mengenakan kadar faedah tahunan 18% ke atas baki tertunggak selepas tamat tempoh tanpa faedah dan caj bayaran lewat ialah 1%. Anggap bahawa Encik Sugu tidak menggunakan kad kredit dalam bulan berikutnya.
Jika Encik Sugu terlupa membuat bayaran dan dikenakan caj bayar lewat 1%. Tarikh penyata ialah 15 hari daripada tarikh tamat tempoh tanpa faedah, berapakah baki dalam penyata bulan berikutnya?
RM 4040.30
RM 3828.11
RM 4069.89
RM 4029.59
