wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BM: Cerpen Hadiah T1 (Sinopsis)

Total questions: 12

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Azizah ingin memberikan hadiah kepada cikgu kesayangannya, iaitu _________________ sempena sambutan Hari Guru. Walau bagaimanapun, dia tidak mempunyai duit yang banyak untuk membeli hadiah

a)

Cikgu Zaleha

b)

Cikgu Khalid

c)

Pengetua Sekolah

2.

Rakan-rakannya seperti Rahimah, Zaiton, Hamidah Alizah, Rashid, dan Hashim pula akan memberikan __________________________ untuk guru-guru kesayangan masing-masing.

a)

hadiah yang mahal

b)

buku latihan

c)

barang kemas

3.

Azizah meminta duit daripada ibu dan bapanya tetapi ibu bapanya mengatakan bahawa mereka _______________________________.

a)

sangat sibuk

b)

tidak mempunyai wang

c)

mempunyai banyak duit

4.

Oleh itu, Azizah telah ______________________________ bagi membeli hadiah untuk Cikgu Zaleha.

a)

membuka tabung arnabnya

b)

membuka akaun banknya

c)

bekerja untuk mendapatkan upah

5.

Pada suatu hari, ibu Azizah menyarankan agar dia membuat sendiri hadiah untuk gurunya itu. Beliau memberi cadangan supaya Azizah _______________________________.

a)

menulis kad ucapan

b)

membelikan alat tulis

c)

membuat kraf tangan

6.

Alasannya, Cikgu Zaleha seorang perempuan dan tentu dia suka akan barang-barang kraf tangan. Cadangan itu diterima baik oleh Azizah. Pada petang itu, Azizah sibuk menganyam ____________________________ sebagai perhiasan. Hasil anyamannya sungguh kemas, unik, dan cantik.

a)

beberapa tudung saji

b)

beberapa tudung bawal

c)

beberapa sarung ketupat

7.

Hari Guru pun tiba. Azizah mengayuh basikal sambil membawa hadiah yang dibungkusnya dengan ______________________ . Bermacam-macam andaian bermain-main dalam fikiran Azizah, sama ada Cikgu Zaleha suka akan hadiahnya atau hadiahnya paling akhir dibuka oleh Cikgu Zaleha.

a)

pembalut hadiah yang berwarna - warni

b)

kertas surat khabar

c)

kain perca

8.

Setibanya di sekolah, semua mata tertumpa pada bungkusan di tangan Azizah yang sampai lewat. Azizah menyerahkan hadiahnya kepada Cikgu Zaleha dan meminta Cikgu Zaleha _________________________________ . Cikgu Zaleha mencubit bucu pembalut hadiah itu sambil berkata bahawa sikap Azizah yang rajin, serba boleh, dan kuat berusaha.

a)

membuka hadiah tersebut serta merta

b)

menyorokkan hadiah itu

c)

membuka hadiah itu di rumah

9.

Kemudian, Cikgu Zaleha mengatakan dia inginkan __________________________________ sambil menghulurkan Borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah kepada Azizah. Cikgu Zaleha mengatakan sekiranya Azizah menang, dia akan berbangga. Sebaliknya, sekiranya Azizah menarik diri bermakna Azizah kalah.

a)

hadiah yang lebih besar

b)

lulus dalam peperiksaan

c)

hadiah yang mahal

10.

Cikgu Zaleha juga berpesan bahawa ukuran bagi nilai kejayaan bukannya pada menang atau kalah tetapi pada ________________________________ untuk meningkatkan kemajuan diri.

a)

kemalasan dalam diri

b)

kejayaan dalam peperiksaan

c)

kekuatan daya usaha dan ikhlas berjuang

11.

Azizah menyertai pertandingan tersebut dengan suntikan kata-kata semangat bapa dan bimbingan ibunya. Akhirnya, Azizah berjaya memenangi kategori Karya Inovatif pada pertandingan peringkat kebangsaan melalui hasil kerja tangannya, iaitu ____________________________________.

a)

Tudung Saji Anak Tunggal

b)

Tudung Saji 20 Beradik

c)

Tudung Saji Enam Beradik

12.

Cikgu Zaleha tersenyum bangga dengan kejayaan anak muridnya yang digelar __________________________________.

a)

Profesor Serba Boleh

b)

Profesor Tudung Saji

c)

Profesor Anak Emas