wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Majmuk

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Barangan Seramik di galeri ini diperbuat daripada___________ putih.

a)

tanah liat

b)

tanah gambut

c)

tanah pusaka

d)

tanah keras

2.

_____________memaparkan Sang Kancil sebagai haiwan yang pintar.

a)

Cerita benar

b)

Cerita rakyat

c)

Cerita lucu

d)

Cerita palsu

3.

Ahli Sains giat menjalankan _____________ untuk mencari penwar penyakit AIDS.

a)

kaji bumi

b)

kaji selidik

c)

soal selidik

d)

soal jawab

4.

Penglibatan beliau dalam bidang _____________ telah membawa perubahan yang besar dalam industri muzik tanah air.

a)

suara emas

b)

seni suara

c)

seni merdu

d)

suara lagu

5.

Kesesakan _____________ di negara ini dapat diatasi jika amalan berkongsi kereta dipraktikkan.

a)

laluan mudah

b)

lalu lintas

c)

laluan pintas

d)

lintas langsung

6.

Karim menerima ______________ kerana tidak menjelaskan ansuran bulanan keretanya selama dua bulan.

a)

surat amaran

b)

surat aduan

c)

surat akaun

d)

surat sumpah

7.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh melaporkan diri kepada pihak ________________.

a)

urus niaga

b)

urus janji

c)

urus setia

d)

urus tunai

8.

Setelah naik ke pentas, Puan Hasmah mula berucap dengan _________________.

a)

panjang lebar

b)

panjang lidah

c)

panjang pendek

d)

panjang akal

9.

Kasih sayang dan persefahaman dalam kalangan ahli keluarga memastikan kebahagiaan __________________.

a)

rumah batu

b)

rumah tangga

c)

rumah kedai

d)

rumah terbuka

10.

Pihak polis menasihati ________________ supaya tidak mempercayai kandungan surat layang.

a)

orang lain

b)

orang baharu

c)

orang ramai

d)

orang asing

11.

Pasukan penyelamat masih mencari ____________ yang hilang di laut semalam.

a)

anak kapal

b)

anak bini

c)

anah buah

d)

anak dagang

12.

_____________ anak gadis Lebai Din cantik benar bagai bulan dipagar bintang.

a)

Rupa bangsa

b)

Rupa paras

c)

Rupa bentuk

d)

Rupa taip

13.

Sejak kebelakangan ini, abang sering mengulang kaji pelajaran hingga ______________.

a)

malam panjang

b)

larut hati

c)

malam hari

d)

larut malam

14.

Puan Leela mengalihkan almari perhiasannya dari ____________ ke dapur.

a)

ruang tamu

b)

ruang kedai

c)

ruang legar

d)

ruang lingkup

15.

Kamil membeli sebotol gam dan sebatang pembaris di kedai ________ itu.

a)

alat ganti

b)

alat tulis

c)

alat solek

d)

alat bantu