wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tahun 3 (Set 1)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pekerja itu sedang menanam ____________ di kawasan lereng bukit.

a)

buah

b)

daun

c)

bunga

d)

rumput

2.

____________ berkokok dengan nyaring pada waktu pagi.

a)

Si Belang

b)

Si Kelabu

c)

Si Jalak

d)

Si Putih

3.

Leftenan Adnan perwira negara. ____________ sanggup berkorban demi mempertahankan negara.

a)

Beliau

b)

Baginda

c)

Tuanku

d)

Mereka

4.

"__________ ialah adik beradik kembar," kata Alia dan Alisa serentak.

a)

Aku

b)

Kita

c)

Kami

d)

Kamu

5.

Azri belajar _____________ kayu dengan datuknya.

a)

menenun

b)

mengukir

c)

menekat

d)

menganyam

6.

Mereka berlatih ___________ tarian inang di dalam dewan.

a)

menari

b)

membaca

c)

menjerit

d)

menyanyi

7.

___________, canggihnya robot mini ciptaan Profesor Jimi ini !

a)

Hai

b)

Nah

c)

Aduh

d)

Wah

8.

Ratna __________ buah naga itu untuk membuat jus.

a)

dikisar

b)

berkisar

c)

mengisar

d)

pengisar

9.

Ikan bilis itu ____________ oleh Mak Lijah di atas para sehingga kering.

a)

berjemur

b)

penjemur

c)

menjemur

d)

dijemur

10.

Kaki Danial bengkak kerana ___________ semasa bermain kasut roda di taman permainan.

a)

dijatuh

b)

menjatuh

c)

berjatuh

d)

terjatuh

11.

Pokok tomato yang ditanam oleh ayah hidup dengan ___________.

a)

subur

b)

sihat

c)

layu

d)

kering

12.

Lukisan pemandangan yang dilukis oleh Irfan sangat ____________.

a)

segak

b)

molek

c)

comel

d)

cantik

13.

Mereka memakai ______________ sebelum menaiki bot.

a)

topi keledar

b)

jaket keselamatan

c)

jaket pantul cahaya

d)

baju kalis air

14.

_____________, Abang Budin kerana menerima Anugerah Peladang Jaya peringkat kebangsaan !

a)

Syabas

b)

Amboi

c)

Aduhai

d)

Wahai

15.

____________kah harga kasut itu?

a)

Berapa

b)

Mengapa

c)

Bila

d)

Bagaimana

16.

Ahmad membeli dua ___________ pensel di kedai alat tulis.

a)

buah

b)

batang

c)

helai

d)

keping

17.

Ibu membeli tiga ___________ tembikai di Kedai Pantai Belimbing.

a)

ikat

b)

buah

c)

biji

d)

keping

18.

Murid-murid ___________ mematuhi peraturan sekolah.

a)

akan

b)

masih

c)

harus

d)

sedang

19.

"____________kah nama guru kelas kamu yang baharu?" tanya Siti kepada Liza.

a)

Apa

b)

Bagaimana

c)

Siapa

d)

Berapa

20.

Guru Besar menyampaikan hadiah ____________ para pemenang.

a)

dengan

b)

kepada

c)

pada

d)

oleh