Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Tatabahasa Menengah Rendah

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Selepas menyampaikan ucapan, ____________ merasmikan pelancaran program Minggu Bahasa di sekolah itu.

a)

dia

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

2.

"Isikan maklumat peribadi __________ selengkapnya dalam borang permohonan ini," kata Cikgu Lukman kepada Natasha.

a)

saya

b)

kamu

c)

dia

d)

mereka

3.

"Apakah gerangannya maka __________ menitahkan aku ke istana seberapa segera?" Tun Ali tertanya-tanya dalam hatinya.

a)

dia

b)

beliau

c)

tuanku

d)

baginda

4.

Sekiranya terdapat __________ pertanyaan tentang perkara ini, saya sudi menjawab segala pertanyaan tersebut.

a)

apa-apa

b)

mana-mana

c)

siapa-siapa

d)

sesiapa

5.

Fikiran Haziq __________ memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah keluarganya.

a)

keliru

b)

runsing

c)

curiga

d)

bosan

6.

Kami tegelak apabila melihat abang memakai seluar yang __________ di bahagian pinggangnya.

a)

labuh

b)

besar

c)

lebar

d)

longgar

7.

Ombak yang bergelora dan angin yang bertiup __________ menyebabkan para nelayan tidak berani turun ke laut.

a)

laju

b)

deras

c)

pantas

d)

kencang

8.

__________ sungguh bunyi salakan anjing-anjing liar pada malam yang sunyi itu.

a)

Kuat

b)

Riuh

c)

Bising

d)

Nyaring

9.

Hang Tuah dan Hang Jebat menunjukkan gerak langkah yang sangat ___________ dalam pertarungan itu.

a)

kuat

b)

cepat

c)

tangkas

d)

kukuh

10.

"Dia __________ mengingatkan saya supaya membawa novel itu tetapi saya terlupa," kata Arina kepada Najlah.

a)

sudah

b)

belum

c)

hendak

d)

mungkin

11.

Keadaan di pasar raya itu __________ sesak dengan ibu bapa yang datang untuk membeli barang kelengkapan sekolah anak-anak.

a)

benar

b)

betul

c)

paling

d)

sungguh

12.

Dua orang pekerja __________ memangkas pokok-pokok renek di tepi jalan itu.

a)

sedang

b)

belum

c)

juga

d)

kelak

13.

Budak perempuan itu __________ sombong tetapi pendiam.

a)

tidak

b)

bukan

c)

akan

d)

mungkin

14.

Pokok kelapa di belakang rumah Aisyah ____________ tinggi untuk dipanjat.

a)

benar

b)

paling

c)

sekali

d)

terlalu

15.

Walaupun Cikgu Khadijah __________ guru sandaran di sekolah ini, beliau telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik murid-murid.

a)

hanya

b)

adalah

c)

mungkin

d)

akan